gambar hiasan
dalam banyak2 soalan dia, ada satu soalan yang aku rasa aku nak tulis di sini..ada tak alami perkara pelik masa kat sana?
yang ketara pelik bila aku sentiasa tercium bau harum makam baginda rasulullah! walau masa tu aku berada di perkarangan hotel!!.sedang kan orang lain tak cium pun, even mak aku yang dah sepuluh kali pergi!..(adik aku kata ini sebab kerana aku taksub dengan bau2an..huh ) .macamana aku tau itu bau makam baginda?...ini kerana sewaktu lawatan aku beberapa tahun dahulu, waktu itu jemaah tidak lah seramai sekarang, dianggar kan dalam 50 orang sahaja sewaktu lawatan, aku berlama lama di situ, menangis dan berbicara dengan' baginda' semau hati ku...itu lah bau yang aku cium..terhimbau2...terbawa2 dalam tidur...( mungkin bau itu dari haruman pencuci bangunan yang sentiasa mengelap pagar2 besi di sekeliling makam..wallahualam )
dan ketika aku membuka pintu van dan menjejak kan kaki ku pertama kali untuk lawatan kali ini...hurmmmm haruman itu lah yang aku terhidu..aku sedut dalam2...ya Allah aku tidak pernah lupa!!
bila aku menjerit...aku dah tercium bau Madinah..ini bau makam rasulullah..Tuan sheikh rombongan kami memandang aku dengan pandangan penuh pengertian..
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..