camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, January 14, 2011

mengenang pemergian abah


Alfatihah..semalam genap 15thn pemergian abah...rasa masih basah dalam ingatan bagaimana terkejut nya aku menerima berita kehilangan abah pada waktu itu.

Abah pergi dalam usia yang masih muda lagi, baru 55thn...ya muda sangat lagi..terlalu awal sebenar nya..aku masih belum puas bermanja2 dengan abah, sementelah abah dulu askar dan selalu meninggal kan kami dengan mak saja..waktu kami kecil dahulu abah sangat garang, kami tak berani nak bercakap pun dengan abah dan abah pun tidak bercakap dengan kami kecuali jika hendak marah!! semua interaksi melalui mak..

Setelah dewasa dan bekerja baru lah kemesraan itu wujud dan lagi pula abah berhenti awal dari askar kerana di serang sakit darah tinggi yang agak kronik.. dan abah asyik keluar masuk hospital sehinggalah di hari terakhir abah..

Aku nak cerita di hari terakhir abah, ada peristiwa menarik di sini yang boleh kita renungkan akan kebesaran Allah..macam ni..

setelah berhenti askar, abah bekerja sebagai pegawai keselamatan yang mengambil kontrak mengawal sekolah2 di sekitar kuala selangor hingga ke Sg besar..tugas abah hanya menyelia pengawal2 keselamatan, menyusun jadual dan sebagai nya termasuk juga membayar gaji..( dulu2 rasa nya jarang ada sistem bank in duit )
oh ye ibu pejabat syarikat abah bekerja ni terletak di Jalan Semarak Kl..so setiap awal bulan abah akan ke ibu pejabat untuk mengambil wang gaji pekerja..( aku tak dapat bayang kan macamana sempoi nya abah bawak duit yang banyak dengan hanya naik motor kKawasaki!! )

Kerana kesihatan yang tidak mengizin kan abah bercadang mahu berhenti kerja dan berjumpa sendiri dengan boss abah, dan semalam 15 tahun yang lalu abah menunggang motosikal ke kuala lumpur untuk ke ibu pejabat ( walau di tegah oleh emak ) dan abah tidak lupa membawa kan sebiji buah nangka yang sudah masak untuk aku..( waktu itu aku bekerja di subang airport dan tinggal di Tasik Biru Kundang daerah Sg buluh )

Setelah singgah di rumah ku menghantar nangka, ( abah tak pernah bagitau aku bila dia hendak datang, bila aku merungut 'spotchek' kata nya! ) abah meneruskan perjalanan dan malang nya di depan kilang ubat nyamuk di kawasan paya jaras, aku dah lupa apa nama kilang tu abah memberhenti kan motor dan muntah darah..

mujur ada seorang pemuda India yang kebetulan lalu dan memapah abah duduk di bustop berhampiran..dan pemuda itu meminta abah bersabar sementara dia ke balai polis Sg pelong meminta bantuan. 10 minit kemudian kereta peronda polis sampai dan membawa abah ke hospital Sg buluh..di dalam kereta abah duduk di kerusi belakang di temani seorang anggota polis dan abah masih sempat berborak dengan polis tersebut

polis : pakcik ni nak pergi mana?
abah :sy nak pergi ke kl ..nak jumpa boss
polis : pakcik ni tak sihat
abah : ye..sy ada darah tinggi
polis : oowh pakcik rehat ye..kelap lagi kita sampai hospital
abah : cik.. ni buku saya, ada no talipun rumah, no talipun pejabat anak saya ( aku ) dan ini alamat dan no talipun opis saya.. ( sambil menunjuk kan satu persatu )
polis : yelah saya simpan buku pakcik ni..nanti kat hospital saya pulang kan..pakcik rehat ye

abah pun tidur, sampai dihospital polis cuba kejut kan abah dari tidur, abah sudah tidak bangun lagi..tidak bangun lagi buat selama nya..pemeriksaan doktor menyatakan yang abah menghembus kan nafas terakhir nya kira2 10 minit yang lalu, ini bermakna setelah habis dia bercakap dengan polis tersebut!! Maha besar Allah abah pergi dengan amat mudah sehinggakan polis di sebelah dia pun tidak perasaan!!

SUdah menjadi tabiat abah tidak mahu menyusah kan orang, sehingga di hari terakhir nya pun, semua kerja jadi mudah kerana abah sudah 'berpesan'..dengan mudah polis menghubungi orang2 tertentu untuk menguruskan jenazah abah...

abah...saya tak pernah marah abah kerana di zaman remaja sy abah sgt mengongkong..abah pernah menumbok orang yang mengurat sy..abah tak izin sy keluar tanpa abah atau emak..tak apa abah..sy pun tak suka berpeleseran..sy sakit bukan kerana abah..bukan bah..dah Allah tulis ini nasib sy dari azali lagi..tak perlu abah sesali diri..
sy nak abah tahu yang sy sangat sayang kan abah dan yang sy sesal hanya satu, masa kita bermesra terlalu singkat..itu jer bah..itu jer..

berehat kah dengan tenang ye bah..setenang pemergian abah dulu..


p.s.. semua cerita di saat terakhir abah di ceritakan oleh polis yang terlibat...( budi mu Allah sahaja yang membalas, terima kasih sahabat )



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...