kisah kali ni pasal seorang kakak ni merayu adik perempuan nya yang berkahwin dengan 'perempuan ' juga!
pelik kan..menurut kak Nor ni, pada awal nya mereka tidak syak apa2 melihat keakraban adik nya dengan si tomboy ni, tapi lama kelamaan dah jadi lain macam...dan seperti di duga, adik kak Nor meminta izin untuk berkahwin dengan 'peempuan' itu. dah tentu bagai petir menembak pokok kelapa, hasrat pasangan songsang ini di tentang keras oleh keluarga.
dan adik kak Nor menghilangkan diri selama bertahun2 dan khabar nya tetap juga berkahwin dengan perempuan yang dia cintai itu. mereka putus hubungan sehingga kan ibu nya meninggal adik kak Nor tidak datang melawat pun!
memang lah bagi kita yang tak kena batang hidung ni kita akan cakap macam2, saran kan macam2..cuba kena pada keluarga sendiri..mau sasau juga kita di buat nya..apa pun aku doa kan akhir nya adik kak Nor akan kembali kepangkal jalan juga akhir nya.
aku ada pengalaman sendiri mengenai perkahwinan yang tidak di restui keluarga ni, bukan lah kena pada diri aku tapi pada adik perempuan ku ( mak Faisal dan Fariss )
waktu tu dia sedang menuntut di Universiti Indiana LA ( dia ditawarkan belajar di luar negara oleh MARA semasa ujian percubaan SPM lagi ) selepas habis belajar selama 4tahun dia bekerja pula disana, bayang kan hampir 6tahun dia tak balik ( tapi kerap juga dia talipun dan menghantar ole2 dari sana, dan wang belanja untuk mak pak aku lumayan juga ) nak menjenguk dia kat sana bukan lah seperti nak gi Sabah atau Serawak..
tiba2 di subuh yang hening, menjerit2 talipun di ruang tamu :
suara : assalamualaikum kak, Sal ni
aku : kumsalam..Sal, hang ka..hang okey? terketar2 aku, maklum kalau panggilan di tengah malam atau subuh pasti ada kecemasan.
suara :eh okey, owhh sorry, sorry aku lupa kat sini terang kat m'sia gelap
aku : ceh hang ni...nasib bek jantung aku tak putus tadi..whats up sis?
suara : kak nak cakap sikit ni
aku : apahal? nak kawin?..aku kan pakar psikik...ahaks
suara : ermmmm
aku : ngan sapa?
suara : dengan orang sini, John tapi mak dia suruh duk sini sebab mak dia dah tua dan John anak bongsu
aku : lama diam nak cari idea yang bernas
suara : kak....please..
aku : boleh jer nak kawin dengan sapa pun..tapi cakap la ngan abah dulu..kang kecik ati dia... ( abah ku kan memang garang, pasti lah aku yang dipujuk nya untuk jadi tukang sampai ) aku pujuk abah kang
suara : i love u lah kak..bye
aku pun bagi tau abah ku berita gempar ini dan minta abah ku bertenang dan kalau budak bertuah tu tipun, jawab jer elok2 dan kata ok dengan syarat balik dulu untuk dapat restu dari mak lagi pun mak dah rindu sangat dengan dia. alhamdulillah abah ikut cakap aku dan sebulan kemudian adik aku balik...balik terus tak pi sana dah, barang2 dia pun dia mintak kawan dia settel kan.. nak tau apa mak aku buat? mak aku minta air penawar kat seorang guru agama ni supaya hati adik aku tertutup terus nak balik Amerika dan mak aku tak henti2 semayang hajat. dengan izin Allah nampak nya mujarab!!! ( mati aku kalau dia baca ni!!, br dia tau aku lah mastermind nya..hahaha )
sorry eh Sal, tapi ko dah bahagia kan dengan Fadli..kan...kan...
benar kah cinta datang tanpa di undang?..tapi mudah kah cinta di usir????
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:
testing testing
hee :) okay dah boleh komen da. .:)
mida baru 17 tapi sukia baca kisah2 mcm ni . .
betul betul . .kita boleh cakap tapi cuba kalau kena kat batang hidung sendiri . .tak tahu la mcm mana nak buat . .
hee . .yela kan . . .jodoh pertemuan di tangan Tuhan .
Allah takkan ambil dari kita sesuatu yg kita amat cintai kecuali kita mendapat yg lebih baik dari yg kita cintai .kan .:) hee .:)
mida
t/kasih sudi jenguk2 sini..bagus lah kalau suka dengar cakap orang tua... ahaks!!..'belajar betul2 ye sayang'..calen result ngan Shuib
hee . .yea yea. .suka belajar dari pengalaman orang . .yee .:) terima kasih . . hee . .insya-allah . .hee . .okay okay . .sedaya upaya niy usaha nak calen dia . . :)
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..