camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, November 16, 2011

anak tidak sah taraf...


glitter-graphics.com

Yang Arif : "atas sebab apa kamu merujuk kepada mahkamah?.."

Miss X : "memohon perintah wali hakim Yg arif..."

Yang Arif : "atas sebab apa kamu nak kan wali hakim?.."

Miss X : "saya anak tak sah taraf Yg arif..."

Yang Arif : "mana kamu tahu yang kamu anak tak sah taraf?.."

Miss X : "mak saya bagi tahu Yang arif..."

Yang Arif :" mak kamu ada kat sini?...panggil mak kamu masuk

Polis wanita pun keluar kamar dan memanggil, Puan Angelina joli sila mengadap yang arif
Seorang wanita sebaya aku rasa nya berjalan menuju kekandang saksi. Pembantu mahkamah memberi kan kad ikrar kepada wanita tadi. Sambil mengangkat tangan kanan seperti tanda berikrar wanita itu menyebut;
Saya Anjelina joli binti Bradpit kad pengenalan 123456-01-78 dengan ini berikrar bahawa saya akan berkata nenar tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Yang Arif : "puan kenal siapa tu?..sambil menunjuk kepada miss x

Puan A : "kenal, dia anak saya Yang arif.."

Yang Arif : "puan tahu kenapa dia datang kemahkamah?..."

Puan A : " tahu, dia nak mohon kebenaran walihakim..."

Yang Arif : " tahu kenapa dia nak mohon walihakim?..

Puan A : " tahu sebab dia anak tak sah taraf..
,
Yang Arif : " tahu apa makna tak sah taraf?..

Puan A : " anak yang tidak sah bapa nya, saya dah mengandungkan dia baru saya nikah Yang arif

Yang Arif : " puan pasti akan hal ini?..

Puan A : " sangat pasti Yang arif.."

Dengan ini mahkamah memutuskan dan membenarkan bahawa Siloh binti Abdullah layak untuk berwali kan hakim!! Dok dok dok,

yang sebenar nya ada banyak lagi soalan dr Yang Arig tapi aku tak gamak nak taip dan aku tak larat nak taip banyak2, banyak pengajaran sebenar yang kita boleh insafi dari pengalaman orang lain. Puan A dan anak nya sangat tenang setenang air di kali tapi dalam hati mereka siapa tahu?

Aku sangat kagum dan tabik springggg pada Puan A kerana sanggup berterus terang pada anak nya, yelah sapa yang mahu membuka pekung di dada? Tapi kerana hukum tidak boleh di ambil mudah, dia sanggup..dan aku tabik springggg pada anak nya juga kerana redha menerima nya..dan aku tabik springgg toingg toing toingggg pada bakal suami anak nya kerana masih sudi menerima bakal isteri yang di label sebagai anak tak sah taraf!!

Sesungguh nya menegak kan kebenaran itu adalah pahit tapi hasil nya sangat manis kelak..bayang kn jika si ibu dn ayah tidak sanggup berterus terang sekarang konon nya malu, pernikahan si anak ada lah tidak sah, bila tidak sah anak yang lahir kelak adalah anak zina dan tidak sah juga..dn bila dia berkahwin pula..sejarah akan berulang dan berulang,


Wallakualam..naauzubillabiminzalik!

p/s tidak semua orang berada di 'comfort zone' macam kita so bersyukur lah banyak2



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...