camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, November 22, 2011

sembilan belas hadith Rasulullah mengenai wanita...


glitter-graphics.com


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia sia.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin didalam rahim nya, maka beristiqhfar lah malaikat untuk nya.Allah s.w.t mencatatkan 1,000 kebajikan kepada nya setiap hari dan menghapus kan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka Allah s.w.t mencatat kn bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluar lah dia daripada dosa seperti keadaan ibu nya melahir kan.

5. Apabila telah lahir anak lalu di susui, maka bagi ibu itu setiap tegukan datipada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur kerana menjaga anak nya yang sedang sakit, maka Allah s.w.t memberi nya pahala seperti memerdeka kan hamba dengan ikhlas untuk membela ugama Allah.

7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut kan Allah s.w.t dan orang yang takut kan Allah s.w.t diharam kan api neraka menjamah tubuh nya.

8. Barangsiapa membawa hadiah,( barang makanan dari pasar kerumah lalu di berikan kepada keluarga nya, seperti sedekah ). Hendak lah mendahulukan anak perempuan nya, daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyuka kan anak perempuan, seolah2 dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasuk kan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suami nya ( 1,000 ) tahun.

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat kepada suami nya, masuk lah dia kepada pintu syurga melalui mana mana pintu yang ia kehendaki.

11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.

12. Aisyah r.a berkata " aku bertanya kepada Rasulullah s.w.a siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita, Jawab Rasulullah s.a.w "suami nya. Siapa pula yang berhak kepada lelaki, jawab Rasulullah, Ibu nya.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan ikan di laut, burung burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristiqhfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya dan menjaga sembahyang dan puasa nya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya, akan di tutup pintu neraka dan di buka kan pintu syurga..Masuk lah dia mana mana pintu yang di suka tanpa di hisab!

16. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak anak nya akan tinggal bersama aku ( Nabi s.w.a ) di dalam shurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu bersikap ikhsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh taqwa maka bagi nya ada lah syurga.

19. Daripada Aisyah r.a "barangsiapa yang di uji dengan sesuatu daripada anak anakperempuan nya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka lah menjadi penghadang kepada api neraka.

Masyaallah, subhanallah... Begitu mudah rupa nya wanita mengutip pahala dan syurga! maka rebut lah peluang ini dengan sebaik baik nya dan seikhlas mungkin sementara anda masih berkesempatan...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...