camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, November 5, 2011

Surat balasan untuk orang kesayangan...

gambar ni yg budak bertuah ni upload...sebijik macam mak nenek..huh...

Mama, ini balasan daripada ku.


Tiada siapa boleh menebak apa isi hatiku melainkan mu - orang yang pernah menumpangkan aku di dalam roh dan nafas mu...


Mungkin bila dikenangkan, hatimu sebak dengan apa yang pernah kita lalui. Tapi, percayalah. Tidak seminit aku menyesalinya. Malahan, tiada ucapan terima kasih yang mampu menggambarkan betapa aku bertuah kerana terpilih untuk melaluinya.


Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan memayungimu dengan rahmat-Nya, menyelimutimu dengan kasih serta sayang-Nya..kerna aku tahu, kasih sayangku jika hendak dibandingkan, terlalu kerdil untuk orang sebesar mu. Cuma janji yang dapat aku cagarkan, janji yang bahawasanya aku tidak akan mensia-siakan hidupmu, dan adik-adikku. Kamu nyawaku, mereka jiwaku.


Aku mohon Mama, agar kamu mencari bahagia untukmu. Aku tidak mampu untuk berada di sisimu setiap masa, kerana aku tahu, sekalipun aku berjanji begitu aku tidak akan mampu memenuhinya. Aku mohon kamu ketemui bahagiamu juga - sama sepertiku. Senyumlah, wanita secantikmu layak untuk tersenyum gembira.



Mama, wanita terpaling aku cintai ialah kamu. "Sebesar dunia dan segala isi-isinya."




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...