
bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang berkongsi kehidupan
yang terpikul dan terpukul kesempitan
adakah kau hanya berkata
sudah sampai ajal nya..
bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang berkongsi darah dan nadi
yang menumpang berjuta rasa dan kasih sejati
adakah kau hanya berkata
pergi mu tiada galang ganti...
bila aku pergi,
bagaimana kau mengingati nanti
sebagai insan yang tersemat dalam hati
yang membenih cinta berakar umbi
adakah kau hanya berkata
sayang nanti kan ku di pintu syurga??
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..