camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, July 14, 2011

Dia lebih tahu...

adakah kena berpakaian begini, menunjukkan yang kita 'sempurna'?

aku amat jarang, malah tidak pernah rasanya aku mengupas mengenai ugama atau politik dalam blog merapu aku ni, kerna aku sangat akur yang ilmu ku tidak sebanyak mana, tidak layak rasa nya untuk aku menyentuh bab itu..

tapi semenjak dua menjak ni aku banyak bermuhasabah diri..dalam keadaan begini saya amat takut seandai nya saya di 'jemput' pergi apa bekalan yang saya ada..apa yang hendak saya bawa?..ehh perasan tak? ter tiber saya?..wah!!

ermm balik pada diri ku yang asli...ye memang aku takut..memang aku kecut...so aku banyak servey blog yang bercakap pasal ugama..pasal hari akhirat dan pembalasan nya..tapi yang pelik nya hati ku tidak tersentuh pun..dan ketakutan ku bertambah darjah nya..apakah hati ku sudah mati maka aku sikit pun tidak terkesan dengan apa yang ku baca?..hadoyaiii..

malah aku rasa meluat dengan keterlebihan bahasa, keterlebihan kupasan isu yang di huraikan sehinggakan ia jadi berbelit2. ( dah la pala hotak aku ni bebal..betambah2 bebal aku bila baca yang berbelit2 ).. tapi aku sangat terkesan bila baca blog green apple ni..( cari lah sendiri , aku tak pandai buat klik sini..) dia ni sangat brutal orang nya..bahasa dia mak oiii..tapi dia fames gila you..blog dia dah melebihi 2 juta pengunjung..satu hari mesti dalam 5 ribu pengunjung termasuk aku!..bila dia berubah dr pakai seksi giler kepada seorang wanita ayu bertudung, ramai la pulak yang mempertikai kan nya..ramai yang kata dia gila extrimes..

tapi dia cool jer, dan dalam blog nya dia ada cerita bagaimana dia 'mencari' pengisian jiwa nya..bertemu berbagai orang dan orang yang tinggi ilmu ugama nya tapi sangat sederhana, berpakaian sederhana dan bercakap pun sederhana tapi...( terus menusuk kalebu )

ikuti catatan nya..Dia - orang berilmu
aku- blogger

Dia : Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita. Apa sangat lah amalan kita setakat solat 5 waktu, solat sunat yang tak sebarapa, puasa dan lain-lain tu? Kita masuk syurga kerana redha Allah terhadap kita. Kita sendiri tak tau apa yang Allah redha tu.

Aku : Tak faham.

Dia : Contohnya anak. Kadang-kadang anak menyakitkan hati kita. Kita suruh mandi, dia lengahkan. Kita suruh kemas mainan, dia hempas-hempas. Kita suruh blaja, dia bertangguh. Tapi macamanapun perangai dia, kita tetap sayangkan dia kan?

Aku : Yup.

Dia : Sebab dia anak kita. Jadi kita sayang. Tapi, dalam banyak-banyak anak mesti ada satu yang kita paling sayang. Itu kita tak boleh tipu diri sendiri.

Aku : Hmmm..

Dia : Sebab apa kita paling sayang? Padahal dia sama macam anak-anak lain jugak. Degilnya sama, rajinnya sama. Mesti ada sebab kan?


Secara ringkasnya, bukanlah bermaksud ko tak solat pun takpe. Cuma Dia lebih tau dari apa yang kita tau. Wallahualam.



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Bab2 agama & keimanan ni kena betul2 kite paham & tak boleh diambil mudah...

Biar la kite bersederhana dlm apa jua, kdg2 terlalu mengkaji atau extreme mengkritik atau mendabek dada mengatakan yg kite lar yg betul akan menjadikan kite riak...

Balance antara dunia & akhirat perlu, jika tidak mengapa Allah mengwujudkan DUNIA sblm kite ke AKHIRAT kan? (tu pendpt kite yg jahil ni lar)...

Yg penting kite ikut suruhanNya & tinggalkan laranganNya...

[sekadar berkongsi pendapat]

*muah muah*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » Dia lebih tahu...

azahrohaizah said...

betul! betul! betul!

less is more kan!..

*hugs
*kiss

Asmi Asmidar said...

Betul tu Allah MAHA MENGETAHUI . . :)
Segala yg kita lakukan .SESUNGGUHNYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI DIA JUGA BERHAK MENGHUKUM bukanlah kita sesama manusia .;)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » Dia lebih tahu...

azahrohaizah said...

Thanks mida

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...