camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, December 31, 2012

aku menulis macam esok aku tak menulis dah...


perangai aku kan, selalu salah bila bercakap...kadang aku nak maksud kan lain tapi tercakap lain..kadang aku faham apa yang orang maksud kan tapi explanation aku jadi lain pulak...haissshhh susah2 tak payah cakap la camni


masa aku keja dulu pun camtu gak....dalam meeting ker, masa nak bagi presentation kat boss selalu aku terbabas, ujung2 boss kata aku bangang...so nak bukti kan aku boleh "KERJA" aku buat jer kerja diam2 then hasil nya baru boss nampak..and the end boss tau aku ni jenis BLURR tapi  BOLEH HARAP ..hehehe
tapi tu lah, selalu kena buli dengan orang yang pandai cakap tapi tak boleh harap..TAK PO LAH

apa yang aku cuba nak sampaikan ni?...oh yer macam ni
aku sebenar nya dah lama DIAM KAN dengan cakap2 yang ikut sedap mulut nak cakap jer...sedang kan orang yang bercakap tu tidak berada di situasi orang yang dia cakap kan...ikut sedap mulut dia bercakap seolah2 dia perihatin ya amat or seolah2 dia nak tunjuk yang dia serba tahu dan dia sedang memberitahu dan sila lah ikut tunjuk ajar dia begitu!

contoh ye ini contoh :-
1.kenapa lah bercerai berai, ingat jadi janda ni senang ker...
.......................................malas nak ulas pada orang yang lupa Qada dan Qadar Tuhan ni.

2. apasal lah benti kerja, gaji dah banyak...kan dah menyusahkan diri sendiri takder pendapatan...lain la kalau ada yang menanggung!

3. ...................................pun malas nak ulas sebab dalam dunia ni ada 3 perkara ghaib yakni rahsia Allah dengan hamba nya iaitu AJAL/MAUT JODOH DAN REZEKI...

4. bodoh nya si anu tu tak bagi anak dia sambung belajar ke universiti pada hal anak dia tu pandai...dapat 5A masa SPM aritu..sayang sia2 jer budak tu belajar...sekali dua cakap takpe aku diam je tapi kalau dah lebih dari 3X aku akan cakap macam gini,

kita tak duduk satu rumah dengan diorang, mana kita nak tahu masaalah mereka, yes PPTN ada, biasiswa ada, MARA ada..tapi kita tak tau apa yang diorang takder...mak bapak mana yang taknak anak diorang masuk universiti, mak bapak mana yang tak bangga bila orang tanya, anak kau si anu tu kat mana sekarang/...oihhh dengan bangga bagi tau JENAMA universiti tu tapi perancangan kita lain, perancangan Allah lain..mungkin kalau masuk universiti dah pandai anak dia lupa diri,lupa mak bapak atau dah keluar universiti kerja pulak tak dapat2..dan mungkin tak masuk universiti pun anak dia boleh berjaya...boleh naik pangkat dan kaya melebihi dari kengkawan yang lulusan U...

yang kau perihatin benar sampai berkerut2 dahi memikir kan masaalah diorng tu, gi lah hulur 3,4k untuk yuran pendaftaran..itu tak di sedia kan oleh PPTN...ala apa ada hal pada kau setakat 3, 4 ribu...kannn!

5.yang ni jenis orang yang nak orang lain ikut cakap dia jer..dia sorang jelah yang betul...yang ni pun aku diam kan je tapi bila dah lebih dari 3X maka aku akan buka mulut...

kau nak calon menantu yang terbaik untuk anak lelaki kau, kau nak macam tu tak nak macam ni, kalau boleh macam ni, macam ni, mcam ni...lulus pada standrad kau baru kau approve...hello diorang tu dah jatuh cinta, dah berjanji nak hidup bersama, terima lah kekurangan dan kelebihan..yang kurang kau tunjuk ajar, yang lebih kau bersykur lah...yang anak lelaki kau tu ada kah menepati citarasa besan kau?..ADO??...dan adakah mereka mempertikai kan nya seperti mana yang kau kepoh tu?..tak kan...SO WHAT..

dan anak menantu kau, kau buat macam takder mak bapak..semua nak dengan kau, asyik2 balik rumah kau asal cuti jer wajib ke rumah kau dengan berbagai alasan...apa budak tu takder mak dia ker?..ingat hantaran yang anak kau bagi dah BELI dia terus sampai mati?... cer kalau anak kau, orang pulak buat macam tu ..apa rasa nya? OREN??

6. ni cerita kawan rapat aku, dah macam family dah ngan aku..baru2 ni adik perempuan dia dah termengandung anak yang ke4... yang sulung dan nombor 2 sangat rapat yakni setahun 2 orang, makna nya yang sulung lahir bulan 1 dan yang no 2 tu lahir bulan 12..ha kan sekolah sekali macam kembar dan yang no 3 tu jarak la 2 tahun dan sekarang baru umur 2 tahun dah nak beradik lagi...ini lah yang di kecoh kan sangat oleh kakak2 si emak budak ni...takut tak mampu nak sara lah ..yuran sekolah dah mahal..buku sekolah mahal, tambang van sekolah mahal..bla bla bla...dan isu terbaru takut si kakak dan adik tak dapat cukup kasih sayang lah...itu jelah di ulang2 sampaikan si emak yang mengandung ni jadi stress dan tumpah darah tapi tak la sampai gugur...tapi si emak ni dalam keaadaan lemah dan tak berdaya...
bila cerita ni sampai kat aku, maka seperti biasa aku pun cakap lah bersahaja:

kata Intan ( bukan nama sebenar ) dia mengandung tak sengaja, dah makan pil perancang dah, tapi sangkut jugak..tahu tak apa makna nya?..makna nya Allah ada perancangan untuk dia...yang risau kan rezeki dia kenapa? yang risau kan kakak dan adik tak cukup kasih sayang kenapa?...kita merancang dengan makan pil perancang, tapi Allah merancang dengan penoh Kekuasaan Dia, bukan kah perancangan Dia yang terbaik?
kau, kau siapa nak mempertikai kan?...

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)

apasal aku tulis panjang2 ni?..macam ni lah kalau kita melihat masaalah orang tu, kita jangan terus kritik..kita letak dulu diri kita kat tempat orang tu...

kalau aku jadi dia, dia perlaku kan macam ni macam tu agak2 tahan tak aku..ntah2 dah lama aku bunuh diri
kalau aku jadi dia, tak sihat- company dah pindah jauh dari tempat tinggal..caner nak gi keja
kalau pendapatan aku yang lebih 15 k ni pun aku rasa tak cukup, apa lagi dia yang takder langsung TAPI MACAMANA DIA SURVIVE ehhhhhhhh???? nampak macam ok jer

aku pun tak tau apa nak tulis tajuk entry aku kali ni..




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...