camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, March 2, 2011

selingan...


hari minggu kemarin aku melawat kawan ofis yang baru melahirkan anak ke2..oleh kerana kandungan nya sudah dua minggu overdue maka dia terpaksa bersalin cara induce.. baby dalam kandunganya pun sudah lemah dan tidak aktif bergerak lagi..

( untuk mengelakkan masalah ketika bersalin,ini kerana bayi yang melebihi dari jangkaan cenderung bersaiz besar dan tengkorak kepala sudah mulai keras ), tambahan pula di khuatiri uri sudah kurang berfungsi atau tidak berfungsi langsung kerana sudah melebihi 40 minggu 'waktu dia berkerja'..( hahahah uri pun tau limit waktu kerja tau,alamat takda bekalan makanan dan oksigen lah untuk mu sayang..so cepat2lah kuar tengok dunia )

apa maksud induce?? Induce tu satu kaedah utk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah utk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya mendatang kan rasa sakit dan proses bersalin dapat di mulakan.

agak ngeri juga bila kawan aku ni cerita, di sebab kan dia takda rasa sakit, so caner dia nak meneran, doktor terpaksa menyeluk 'anu' nya selang seploh minit..aku rasa macam nak mati..satu kerana malu, dua kerana doktor ni Sinkh...ko bayangkan lah saiz tangan dia, kata kawan ku dengan muka berkerut.

oleh kerana aku melawat kawan aku ni kat rumah, adalah suami dia sekali duduk di meja berhampiran sambil baca suratkhabar, tapi aku tau dia pasang telinga mencuri dengar perbualan kami...

tambah kawan ku lagi, setelah hampir 5jam yang bagai 5 tahun tu dia berhempas pulas meneran bagai nyawa di hujung rambut, akhir nya selamat juga dia melahir kan bayi nya.
( suami nya tidak menemani kerana outstation..aku lagi suka dia takada sebab aku benci tengok muka dia, sebab dia lah aku sakit macam nak mampus ni..kata kawan aku..ahahaha pulak!! bukan sama2 suka ker?? ahakss )


perbualan yang tak harus di dengar oleh budak bawah umur seperti mida dan meruhe..dak ITAM pun tak boleh ( nanti dia takut nak beranak ), harus mendapat bimbingan dari ibubapa, eh bapa tau kerr :-

kawan aku : ko tau zah, aku ni dah tak kira dah nak meneran macamana pun, janji budak ni keluar

aku : ko bantai angkat punggung ker

kawan aku : haah, dah tak tau..angkat punggung ke angkat apa ke..nurse pun sound gak..nanti rabak

aku : yelah nanti rabak..laki ko cari lain kang

kawan aku : berani cuba!! aku bako dia punya kang...

aku : hahahaa

kawan aku : memang rabak rupa nya zah, nurse punya lah jahit luar dalam...menggigil2 aku menahan sakit kena jahit pulak

aku : iskhhhhhh

kawan aku : lepas satu bundle benang, dia bukak satu bundle lagi, dan lagi dan lagi...mak oiii nurse ni suka hati makpak dia jer..dia ingat daging aku ni kain??? ada ke lubang untuk aku kencing nih?

aku :...haah kan

TERTIBA...

suami : YANG..ADA TAK TINGGALKAN UNTUK ABANG JUGAK???

aku rasa nak bunuh jer jantan2 seantero dunia nih...boleh??



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...