camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, March 24, 2011

menyambung kasih lagi...

aku selalu dengar orang merungut, kebanyakan majikan suka mengambil pekerja asing untuk jawatan am..meng anaktiri kan rakyat tempatan, malah ada yang menggunakan perumpamaan 'kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan!

benda ni payah nak cakap, bukan lah aku tak sokong..tapi mengikut pengalaman aku lah kan...
( lebih 10 tahun dalam bidang kontraktor, dalam poket aku perangai dan kerenah pekerja am ni baik anak tempatan maupun pekerja asing, masing2 ada perangai yang tersendiri )
harus di fahami yang ku tulis ini ada lah untuk pekerja AM ( general worker ) ye dan tidak semua bersifat begini.

PEKERJA TEMPATAN VS PEKERJA ASING:-

1. orang tempatan bekerja kerana bingit mak membebel
pekerja asing bergadai nyawa datang nak bekerja nak bagi mak makan

2. pekerja tempatan kena buang kerja takpe, duk rumah apa mak makan,dia pun boleh makan
pekerja asing kena buang kerja, disaster sebab dah jual tanah dan jual lembu untuk permit dan pasport

3. orang tempatan kalau nak kawin takda duit, mak pak akan tanggung
pekerja asing wajib tanggung adik perempuan nak kawin!.. kalau ada 5 adik perempuan?

4. pekerja tempatan dah habit agak nya, payah nak berdisiplin
pekerja asing kemaruk nak berdisiplin almaklum baru keluar dari kepongpong.

contoh:-
pekerja diwajibkan beruniform, berkasut sarung dan berstokin..rambut pendik dan kemas..yang perempuan bertudung jika islam dan bertopi jika bukan islam ( almaklum kerja kat airport )
pekerja asing amat teruja..ala2 kerja opis gitu tapi pekerja tempatan amat selekeh,kadang tak berstokin,pakai seliper jepun, rambut cacak ..tak shave dan yang perempuan terlebih groom, make up sampai macam kupu2 malam!!

menepati waktu/tak ponteng kerja
pekerja tempatan tinggal kat rumah sendiri..datang lambat sebab lambat bangun ( malam berembun mana nak boleh bangun pagi ) tayar motor pancit, nenek sakit, bini beranak..beli MC
pekerja asing duk rumah syarikat,driver pick up..lambat kalo u tinggal, gaji potong..aiyooo ( satu ringgit tu macam 1kg emas pada diorang )
pekerja asing takda alasan seperti yang di berikan di atas..kalau ada gak, memang bingai lah majikan jika percaya!!

anytime boleh kerja
pekerja tempatan mesti nak offday sebab nak rehat, nak dating dan nak jalan2..sorry lah nak buat overtime..time perayaan lagi lah jangan di ganggu gugat!
pekerja asing jika boleh nak kerja 24jam sebab setiap minit adalah money!!

pekerja tempatan tak boleh di tegur dan di marah walhal kerja macam PK!! pedulik hapa, banyak bunyik blah laaa
pekerja asing kena sepak terajang akur, sekali kena tak kan ulang kesalahan lagi...( terbayang hutang buat permit dan pasport )

nanti aku cerita kerenah pekerja asing pulak, kenapa terpaksa di sepak terajang..korang tak kan percaya punya waa cakap luuu...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...