camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, March 13, 2011

'suprise' yang makan diri...

semalam adalah hari yang huru hara bagi aku ( macam lah hari lain tak huru hara! ). adakah patut regular customer aku ni nak mintak aku buat suprise party untuk anak nya malam ni..( tengok sebab huru hara aku terlupa sempena apa..tapi biasa lah kan orang kaya, sempena 'apa2 pun' diorang akan buat party ) - kalau ye pun nak suprise kan anak, jangan lah nak suprise kan aku!

so semalam tentu lah aku terpaksa buat prepairation, menu,budget, beli barang dan sebagai nya.dalam dok huru hara tu, aku dapat satu lagi 'suprise' iaitu pergi tengok wayang cerita hikayat merongwangsamaju...konon nya tiket dah booking.tak boleh tidak kena pergi kalau tak putus saudara...dasyat punya ugutan tuh..( ni pukul 12.30 dan wayang start 2.30 ) imagene la gila nya aku waktu tu..dari pagi aku call sana sini minta bantuan dan buat arrangement.

akhir nya 'sahabat' ku sanggup ambil alih sebahagian dari tugas dan aku boleh berhaloloya menonton wayang. tapi yang haru nya ,waktu tengah sedap menonton ada lagi satu 'suprise' bila aku dapat satu lagi sms ( waktu ni phone aku dah silent ) malang nya aku dah tak jumpa mana sms tu untuk ku bukti kan di sini.

cerita nya lebih kurang pemberitahuan bahawa ada aircraft terhempas di KLIA DAN 99 ORANG MATI!! dalam keriuhan dan gema teknologi CGL, aku cuba meng sms seberapa ramai yang boleh untuk kesahihan berita, malang nya satu pun tak berjawab! dan jalan terakhir aku bertanya pada 'seseorang' yang sangat sinonom dengan berita2 hangat.

sambil tu phone yang dah silent tu berkelip2 tanda ada panggilan, ada sms masuk brtanyakan barang nak function, suplier tanya bila aku nak ambil barang ...blablabla...( memang huru hara lah ) dan jejaka di sebelah ku kata, kalau kecoh nar nak bersms ..tak payah lah beli tiket!!

gulp!!...

dan kerana 'kecewa' aku pun off handphone dan TIDUR...

Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.


Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.


p.s tamat dah cerita, masa makan geng menonton tadi buat ulasan, aku diam jer sebab xleh nak menyampuk...dan yang penting fikiran ku menerawang 'mengenang' sms2 yang ku terima..terima kasih lah!!




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...