camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, March 30, 2011

melalut dan melayut di pagi hari..


gambar hiasan..naauzubillah minta dihjauhkan Allah

aku geram betul bila baca paper semalam ( bagus!! paper semalam bc pagi ni, jangan tiru ketinggalan zaman mcm ni ye anak2 ) si pak menteri yang hidung bak bawang setongkol tu kata, bahawa pemandu wanita berbahaya! (stongkol2 hidung dia pun bini muda potih gebu..ko ada? )
iskhhhh ni yang aku marah ni,

aku ni boleh katakan dari 8jam waktu kerja, 4jam aku berada dijalanraya tau (yet sesat melarat!!haha ) maka nya masak dah aku dengan perangai dan kerenah dijalan raya ni..yang aku selalu alami adalah 'kekurangajaran' pemandu lelaki, tak pernah pun aku jumpa pemandu perempuan yang berbahaya..BERBAHAYA tu statement dia tuh..terhegeh2 adalah tapi tak bermakna berbahaya..yang buat perempuan tunjuk isyarat jari tu ialah sebab dah geram sangat dgn pemandu lelaki ni, betul tak puan2?

yang selalu pemandu lelaki buat, tak sabar2 cocok belakang kita, eh bangang ko tau sabar tak,kat sebelah aku tu ada lori, ko nak aku masuk bawah lori?..( tam jangan gelak, bukan cocok montot eh ) dan selalu sangat tak bagi signal bila nak masuk lane ke nak masuk simpang ker..tak ker huru hara kita di buat nya..dan pemandu lelaki suka kata perempuan ni bawak keter terhegeh2, iskhh yang selalu aku jumpa orang lelaki yang terhegeh2..ada ke patut jam 8.30am time orang memburu masa nak punchcard..ehh elok bawak 40, 60 meter dia kat hiway..ko lalok ke stim??

aku pernah excident dulu,kemalangan yang dasyat tau dengan pemandu lelaki...mesti lah aku kata aku tak salah kan , weh polis pun kata aku tak salah ye..
begini cerita nya...

di pagi hari tu ( masa tarikh dan tahun masih segar dalam pala hotak ku ) kami ada food testing di site office KLIA..bukan calang2 orang yang nak menge test nya..salah sorang ialah Capten..ni aku lupa nama sebab kami dapat tender serve food dalam cabin.
so madam aku ni bila benda2 besar camni, dia gelabah lebih..masa tu aku baru balik dari beli barang2,ondeway dari FMB ke Support klia..dia tak habis2 call dan tanya itu ini ( baru sekali nak turun masak, kecoh! ) sampai aku kata,
'kak I ada 2 tangan jer, u nak I jawab phone ke I nak drive?..or I berenti kat tengah2 jalan ni?..baru senyap
yang PA dia ni tak sudah2 sms, sms, sms dan call , call, call...( dia suruh aku bank in duit..dia beli ayam kat macro, tak cukup duit nak bayar..perghh )

so aku pun melencong lah hala ke LCCT sebab kat situ ada maybank..lepas bank in duit aku pun bergegas nak ke support building sebab pompuan meroyan tu tak nampak batang hidung aku tak senang hidup dia..dan sewaktu di trafic light, bila ku lihat lampu hijau, aku pun jalan ( sambil menaip sms bgtau rose duit dah bank in )

eh ehhhh ehhh..horn kuat berbunyi dan aku dengar bunyi dentuman yang amat kuat, van terhuyung hayang nyaris nak terbalik..dan kepala ku terhantuk kat bumbung..kejadian sangat pantas..yang aku ingat mengucap dan memohon keampunan dari Allah, selebih nya aku ingat funct jap lagi ni..food testing ni fail kang jika aku lambat sampai...

dan dalam sekelip mata...orang ramai dah berkerumun..yang aku nampat kereta yang bertembung dengan aku dah tebarai enjin nya..pemandu nya aku tak nampak..aku? ye AKU..oh ya..sumer orang terpa aku..van ku kemek berbentuk 'C'..kerusi penumpang di sebelah ku tercabut dan armrest pun tercabut sama!! kalau lah ada penumpang, gerenti dia dah di alam barzakh sekarang ..pintu kiri dan kanan juga kemek tak boleh di buka..orang ramai terpaksa mengumpil pintu untuk keluarkan aku..

dalam pada tu yang aku ingat satu jer nak call madam bagitau buat lah apa yang patut dulu sebab aku 'adahal'..( ada hal?..ko pun nyaris nak ke alam barzah lagi kata ada hal ) tapi handphone ku yang ku letak di armrest juga ikut hancur berkecai!!

setelah pintu dapat di buka dan aku pun keluar dan duduk di bahu jalan....mak aii ramai nya orang..dalam sekelipan dah ramai orang2 yang aku kenali ada didepan ku..masing2 nak tawarkan diri nak hantar aku kehospital...giler ko orang tak risau, van dah macam kat timbunan besi buruk, harus kut pemandu dia parah!..tapi yang sangat setia duk kat tepi aku ialah en Dzul excutive property development..dalam cemas tu dia sempat lagi tersenyum2..eh apasal mamat nih?..rupa nya tudung ku dah tercabut walaupun dah ku semat pin kemas2..maka terserlah lah rambut mayang mengurai ku yang selama ini tertutup litup..( patut lah dalam gambar kemalangan, kita lihat ada yang sampai terbogel )

agak huru hara di tempat kejadian, dengan kehadiran polis dan wakil insuran..kereta peronda jer 5 buah ko..mana lah boss dan rose tak menggigil2 bila dapat tahu aku kemalangan..rose kata ada orang call bagitau aku excident dan orang ramai tengah umpil pintu untuk keluarkan aku.. so dalam pala hotak diorang tentu lah aku dah di 'bungkus'!! ( memang sangat mustahil kan yang aku tak apa2, tidak luka pun walau segaris..tapi siapa kita hendak menidak kan nya?? )

aku berkeras tak mahu ke hospital, yang aku pergi ialah meninjau persediaan buffe untuk food testing nanti..orang2 kat situ nampak aku masuk dewan macam nampak hantu!! dan budak 2 aku yang tadi nya menangis dan patah semangat kini dah LEGA...

mak aku selalu pesan..sebelum drive, baca bismillah dan ayat kursyi supaya kita terlepas dari marabahaya, almaklum kat jalan raya ni tak kita langgar orang, orang lak yang langgar kita

selebih nya pasrah lah...seperti aku pasrah sekarang yang payment dah hampir 2 bulan tak dapat lagi..duit dah tinggal syiling jer ni..ada saper2 nak derma?..muahaha
dan aku pasrah jer yang siang hari ku sunyi dan malam2 ku sepi
dan aku pasrah jer yang aku tiada dah tempat mengadu dan menghibur ku
dan seperti kata ILham dari drama sinetrone Indonesia kegilaan ku Safa dan Marwah

Andai Kau tak izinkan aku bersama nya
ya Allah
izinkan lah 'kesakitan' ini pergi...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Ngerinya tgk gambau yg Azah tepek tu & cite kemalangan Azah sendiri. Macam2 pengalaman u yg wat i lebih insap & nak jd kuat cam u.

Mmg kdg2 bkn slh kite (yg selalu berhati2) tapi org lain. Tapi kalo da takdir kite xleh nak mengelaknya.

Mmg betul pemandu2 lelaki ni slalu rakus & ske buli pemandu2 wanita. Cam i slalu kena, dorang leh senang2 je 'pancung' my lane ble tgk i-pompan-Melayu-bertudung, so automatik dlm pala hotak dorang leh senang2 dibuli & 'tak apa'.

Tapi i pon bkn sorang driver yg lemah lembut k! I xkan bagi dorang potong i sesenang2 jer, i akan cuba block sebaik yg boleh (asal xlanggar sudah).

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » melalut dan melayut di pagi hari..

azahrohaizah said...

tq chiqin..saya bukan nya kuat sangat...kadang2 nanges jugak

tapi ada nya sahabat seperti mu yang setia memberi semangat..hidup rasanya lebih bersemangat..

semoga kau dan aku sentiasa diberi kekuatan ya..amiiiin

Shikin JD said...

Mgkn takdir Allah temukan kite kat 'umah' dak Tam kan tuk saling b'kongsi pengalaman & cari kekuatan dlman dari 'cerita' msg2...

Cayang kowang...**hug2...kiss2**

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » melalut dan melayut di pagi hari..

Lan LoloQ said...

omaigod!!! kejamnyer gambar tu Kak azah..mintak2 dijauhkan yea..

Lan LoloQ Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » melalut dan melayut di pagi hari..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...