camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, March 16, 2011

lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

Senah seorang wanita yang cantik alami, maksud nya neutral beauty. bertubuh sederhana dan berkulit sederhana tidak putih dan tidak hitam amat sedap mata memandang..redup dan manis.
malang nya Senah di tinggal kan suami kerana suami nya ada wanita lain yang lebih muda atau memang dah tertulis dari azali yang Allah mahu menduga keimanan Senah untuk di balas dengan kemanisan di syurga kelak.

untuk menampung kehidupan dan anak2 yang masih bersekolah, Senah berniaga di cafetaria di sebuah kilang yang besar dan hebat. ( ini pun nasib baik dari banyak2 tender yang memohon, senah berjaya dengan sokongan seseorang yang berpengaruh di kilang itu- nama nya H )

H kenalan lama senah, H tahu perjalanan hidup senah dan H juga tahu kemampuan senah,oleh sebab itu dia mempertaruh kan risiko yang tinggi untuk menyokong permohonan senah. dan yang lebih utama lagi, H menyimpan simpati yang bercambah menjadi sayang untuk senah..tapi H dah berkeluarga, apakan daya sayang dan cinta di simpan kemas dalam jiwa.

pelanggan cafetaria biasanya ramai lelaki dari perempuan, almaklum perempuan ni berdiet jaga makan, masa 'break' lebih suka tidur atau layan facebook atau bergosip. jadi senah sentiasa di kelilingi oleh lelaki..baik yang berkolar biru atau yang berkolar putih..oleh kerana pelanggan adalah punca rezeki senah, senah sedaya mungkin melayan mereka dengan baik, senyum tak pernah lekang dari bibir manis senah bak madu yang basah.

ramai lah lelaki2 itu yang dah jatuh cinta dengan senah, tapi senah sedar diri, mereka2 itu sudah beristeri dan dia sendiri masih di gantung tak bertali!..dan yang buat senah pening ialah bagaiman lelaki2 ini mencuba berbagai2 helah untuk memenangi hati senah..semua nya ringan tangan menolong, semua nya kalau boleh 2jam sekali nak minum dan makan walau pun sebenar nya perut masih kenyang! dan semua nya mendakwa yang senah adalah girlfrend mereka sehingga terjadi sindir menyindir dan bermasam2 muka...dan senah sangat tahu bukan cinta yang mereka tagih tapi SEX!!

dalam kemesraan dan kata2 yang berbaur lucah, senah faham..senah tolak dengan sopan dan berkhemah..senah takut menyakiti hati mereka kerana dia cari makan di situ...( senah sendiri pun ada hati dan perasaan, dia pun kesepian..dia pun perlukan belaian dari seorang lelaki..tapi dia perlu kuat kan iman untuk tidak terjebak yang membawa kehancuran! dalam hati nya alang kah bermakna hidup nya jika H yang menggoda dan bermesra2 dengan nya begitu..ahhhh H hanya dingin membeku...)

ada seorang lelaki yang berkolar putih sangat gila kan senah..melihat senah yang cantik dan seksi walaupun berbaju kurung sudah cukup buat kelelakian nya tercabar...apalagi senah ni ibarat burung merpati, jinak di dekat tapi tak dapat di tangkap..makin dia berazam untuk dapatkan senah satu hari nanti...

dan satu hari yang di tunggu pun tiba..sedang senah berkemas2 hendak menutup cafe, pembantu pun sudah pulang dan senah sendirian, lelaki kolar putih masuk berpura2 hendak segelas airmasak untuk makan ubat..sungguh tak masuk akal, di ofis mereka kan ada pantry yang lengkap dengan mesin air panas dan sejuk..( apa ke nama mesin ni.. ) dan lelaki berkolar putih tidak lepas peluang memeluk senah dengan rakus dan menutup mulut senah...senak tidak mati akal. dia berpura2 'sudi' dan minta 'main' slowly tidak gelojoh...setelah si kolar putih ni agak tenang, nafsu setan nya menurun sedikit demi sedikit, sambil membelai2 senah 'sekolah kan' dia!!!...apakah yang senah 'baca'..apakah yang senah jampi, tak perlu di persoal, yang nyata nafsu si kolar putih telah 'layu'..sambil minta maaf si kolar putih berlalu..airmata senah menitik hiba...sedih..namun dia bersyukur kerana 'terselamat'

kelegaan senah rupa nya tidak berpanjangan.. si kolar putih rupa nya berdendam...berbagai fitnah di taburkan ..berbagai masaalah dia timbulkan...dan yang terakhir dia gunakan ilmu hitam di tabur dicafetaria senah..sehingga cafe senah jadi lengang tanpa pelanggan!!..ni yang di katakan makin sekolah tinggi makin tak berotak, makin berpangkat makin menyekat rezeki orang lain!

sekarang senah tidak lagi berniaga di situ..senah tidak mahu masaalah perpanjangan, biarlah dia mengalah..rezeki ada dimana2.. cuma senah terkilan...

LELAKI..KENAPA BUAT PEREMPUAN MACAM NI???....



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

6 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Azah...!!!!

1st time msk sini...cantek la blog u
Ronda2 la blog i lak, hehehe....

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

azahrohaizah said...

haiiiiiiiiiiiii my friend

wow sukerrr nya u datang..jap i gi umah u plak..

Shikin JD said...

Ok, kunjung-mengunjung....

Gambau2 kat blah kanan tu anak2 u ker? Da bsr2 pjg yer?

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

Asmi Asmidar said...

yaa . .kenapa yee aunty . .? betullah sebenarnya lelaki lebih perlukan perempuan dari perempuan perlukan lelaki . .

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

azahrohaizah said...

mida..
begitu lah kehidupan sayang
zaman ni nampak nya dah sukar nak cari lelaki yang ber'kualiti'
tapi yang penting biar kita perempuan ni ada 'kualiti' melebihi lelaki so dorang tak boleh nak perkotak katik kan kita!

Asmi Asmidar said...

betul aunty betul:)
itu pasal mida takkan biar lelaki nampak kelemahan mida , kalau tak dia amik kesempatan kan .

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » lelaki..kenapa buat perempuan macam ni??...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...