camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, March 11, 2011

pantun budi

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang Hamba menumpang, aduhai sayang Hamba menumpang gembira saja


lirik di atas adalah lagu pantun budi nyanyian dato S.M Salim..aku suka sangat lagu ni, tambahan pula di nyanyikan oleh Mawi dengan tarian Kuntau nya..haha

bercakap pasal budi, sedikit sebanyak dalam kehidupan kita ni, kita pernah termakan budi dan seharus nya kita pernah pula berbudi, tak kira lah pada sapa pun.

dalam kehidupan aku yang rasa nya lebih banyak di tempat kerja dari di rumah,rasanya kurang kut aku berbudi pada orang keliling ku..ahaha dan dengan para pekerjaku..apa nak buat aku telah di didik dengan kekerasan dan disiplin yang ketat oleh bigboss dari awal lagi, maka nya hendak tak hendak ia menjadi sebati dalam diri..

tambahan bekerja dengan orang asing yang berbeza cara dan budaya walau seagama...( kalau ada pepatah kata ,jumpa ****** dengan ular, baik bunuh ****** dulu sebab dia lebih pembelit dari ular, tapi bangsa yang aku jaga ni lebih berbelit lagi dari ******!! tak caya? percayalah!! itu maka nya aku jarang bercakap dengan mereka, kalau aku bercakap..aku cakap dengan penyepak!! sapa2 pun tak percaya kan bila tengok muka aku yang lembut ni ( ...lembut ker..)

aku ingat tentu diorang benci sangat dengan aku..agak nya dalam kepala diorang bila lah diorang dapat pancitkan tayar kereta aku atau putuskan wayar breek supaya aku kojol excident..itu yang aku pikir...tapi eh tak pulak

kalau aku turun dari kereta , bawak beg waima satu bijik pun, akan berlari lah mereka menyambut dari tangan aku, kalau kebetulan hujan, aku tak berpayung..akan berkejaran lah membawakan payung untuk aku...hahaha tentu bodek la kan..

eh aku nak cakap pasal apa ni, jauh kelaut nampak!..tadi tajuk budi rasa nya

sebenar nya aku hanya tegas dalam kerja saja, hati aku ni sangat lembut, cewahh...aku nak cerita satu contoh saja,bukan bermaksud nak riak tapi ada pengertian yang sangat halus dan menusuk kalbu aku.

Ali ni pelarian Myanmar,tak tau sapa yang rekemen dia kerja dengan aku, lupa dah..dia buat roti canai di cafetaria kami..melalui makju ( chef ) dia takada tempat tinggal, ada anak perempuan dalam usia 3tahun..so dia nak bawak anak isteri tinggal dengan dia sekali kat sini..takda duit dan sebagai nya..( pada kita yang mewah ni mesti rasa tak caya kan dan tak tau macamana rasanya bila lapar, takada makanan, bila malam tak ada tempat berteduh )

Syarikat ada rumah pekerja,katil, tilam dan bantal tapi tak kan selimut dan perkakas dapur nak bagi sekali kut..jadi aku suruh driver ambil apa yang patut dari rumah aku, aku bagi duit kat makju suruh bagi Ali dengan syarat jangan cakap aku yang bagi..bukan apa, aku taknak mereka ambil kesempatan, biar lah aku kekal dengan gelaran singa cantik *mati la budak2 ni..ada penambahan penyedap ayat!..

( dan aku sangat suka membelikan anak Ali baju, kasut, permainan,assosori rambut yang cantik2...puas aku nak mintak anak dia Ali tak bagi..makju kata bukan anak kucing, suka2 orang nak bagi...uwaaaa )

hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan tahun...pekerja datang dan pergi, begitu juga Ali membawa haluan sendiri..

dan baru2 ni aku bertemu Ali ( dia bekerja dengan syarikat saingan aku..hehe ) dan setiap hari Ali menolong aku ( melanggar akta syarikat lak tu..) Ali menolong aku dari sekecil2 perkara sampai sebesar2 perkara yang tak boleh aku buat sendiri! ( aku...AKU??..aku tak boleh buat, tapi Ali boleh??? ) mende ni tak leh aku cerita..memudarat kan ramai pihak..boleh kena saman nih...Ali taat menolong aku sama macam aku masih majikan dia dahulu...

pernah aku kata, Li..tak payah lah tolong kakak, u balik lah

Ali jawab..' kak, dulu saya tau kakak yang bagi duit..saya boleh beli beras, kicap dan susu anak, kakak kasi dapur dan beli kan gas.. kakak kasi selimut...kak itu macam saya dah dapat "syurga' !!..aku lihat ada air bergenang di tubir mata Ali...aku alih pandangan ke lain, mana boleh singa nanges daaa..

begitu lah yang tak mampu membalas budi, dia tak berduit dan harta..tapi dia membalas dengan kudrat..KITA yang mampu ini pernah kah membalas budi atau terkenang kan budi???


p.s kawan aku kata dia akan jadi sebaik2 manusia dan sekejam2 manusia, bergantung bagaimana hati dan jiwa nya ditatang!!..ahaks aku pula kata, aku ni semanja2 dan sejinak2 kucing, akan hanya mengeluarkan kuku dan taring bila 'anak' ku di kacau!!





yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

betul betul .sekali kiat buat baik dgn org sampai bila org akn ingat . sama juga jahat .baik dibalas baik jahat dibalas jahat . .tapi kalau kita terlampau baik pun nanti org ambil kesempatan . .mida dah pernah rasa dah .selalunya kawan la . .nak jadi garang tak reti sangat .heehee :)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » pantun budi

azahrohaizah said...

sebab tu ada pepatah orang dulu2 kata, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali..

hehehe kecil lagi jangan ler garang2

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...