camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Friday, March 4, 2011

kalau nak jadi boss...


semalam makngah aku tipun, minta aku tolong ambik anak dia kerja atau tolong cari kan anak dia kerja..( anak dia ni perempuan,kira rupa boleh lah..dah dua tahun abes SPM..sangkut xleh kemana..)

ni yang aku serba salah ni bila saudara mara mintak tolong amek anak diorang kerja atau tolong cari kan kerja..susah! betul2 susah!!..

aku ni kerja dengan syarikat kontraktor, selain dari dapat kontrak pembersihan dengan syarikat penerbangan, kami juga ada beberapa outlet cafetaria di bangunan penerbangan..so dah tentu pekerja aku perlukan hanya pekerja am..paham2 sendirilah pekerja am, kelulusan yang di perlukan hanya ada SRP pun jadik, janji MAHU BEKERJA, bukan sekadar nak kerja.

tapi bahagian pengurusan, kami perlukan juga kerani, akauntan, pegurus dan pegawai tadbir.bab ini lah yang selalu mak2 sedara aku usha bila mintak rekemen anak diorang kerja..'kerani takda kosong ke zah?...anak maklong dah grad, tapi tak dapat lagi kerja, boleh lah jadi manager ko sementara dapat kerja yang lagi bagus'....( aku rasa nak jer lumur mulut yang bercakap sesedap rasa tuh dengan cili api yang dah lumat di giling )

aku rasa selama lebih 12 tahun aku kerja nih, pengalaman aku 'menjaga' pekerja2 yang tak berapa nak pandai sekolah ni cukup banyak...boleh lah dibukukan atau pun di pelem kan..haha

kalau bahagian cleaner, aku ada makcik2 dan pakcik2 melayu, india dan indonesia dan yang paling ramai BANGLA!! dan bahagian catering dan cafeteria biasa nya anak2 gadis dan remaja lelaki...cuba korang pejam mata dan bayangkan kerenah diorang macamana??

kalau lah maklong aku ni nak anak dia jadi manager kat syarikat aku, agak2 korang, anak dia leh 'handle' ker segala mangkuk ayun ni?? ko ingat kerja ni glamer? pakai tie dan gi meeting? duk opis ngadap laptop???

aku ni maklong sebelum duk kat tempat aku sekarang ni, aku dulu KULI maklong oooi...sama tarap jer ngan bangla tuh...( walau aku layak tuk duk opis ) aku kerja gak 3 shift, aku pernah gak buat ot 5 shift berturut2 time raya...aku pernah buat kerja cleaner malahan aku boleh mengendalikan mesin scrubbing..( mesin mengilat tiles atau marmar )

tu sebab aku tau hal ehwal segala titik bengik tentang kerja dan perjalanan nya...jangan nak cong aku..dua BOSS aku yang macam HITLER tu sebenar nya membentuk aku jadi 'orang'. kekejaman mereka membuat aku jadi sangat PEKA dan komited dengan kerja aku.

kalau dengan ijazah jer tanpa pengalaman maklong, anak kau akan di telan hidup2 oleh BANGLA tau..itu baru bangla yang datang m'sia dulu tak tau cakap sepatah haram pun bahasa melayu, belum lagi dengan mat2 indon dengan anak2 dara yang gediks2 tuh...

anak maklong tahu kah bahawasanya kerani purchasing boleh menipu pembelian barang? boleh pakat dengan suplier bagi invoice kosong yang dah berchop? janji untung bagi dua..
kalau tak tau dan mahir harga sebenar barang dan berapa banyak yang di perlukan, dah tentu dia akan sign jer dan approve kan pembayaran...wahhh senyum lebar kerani tuh dan makin nak bangkrap lah syarikat.

sanggup kah anak maklong kalau dapat projek, dia dulu datang site sebelum pekerja? dan dia yang paling akhir balik?? tahu kah dia yang pekerja2 am yang tak sekolah tu lagi bijak dan sangat licik?...mereka akan menipu overtime beratus2 jam dan anak kau main sign jer...( mana kau nak tau kalau kau datang lambat dan balik awal atau sekadar jenguk tunjuk muka jer )... tahu kah kalau kerja2 mereka tak ada kuality sebab anak kau tak tau pun kerja tu dan apa makna nya kualiti...facebook anak kau tau lah kan

carilah pengalaman dulu wahai adik2 dan anak2 ku...habis SPM jangan segan kerja partime tak kira kat KFC ker,McD ker, PIZZAHURT ker...tak per jangan malu..sesungguh nya pengalaman itu sangat berguna dan cikgu yang tak perlu di bayar! dan bekerja lah dengan jiwa dan raga, dengan rasa penuh tanggungjawab dan tak berkira, sesungguh nya ada MATA yang memandang...dan akhir nya akan 'BERBAYAR'



p.s bila dapat projek, aku lebih rela bekerja dengan dua tiga orang yang TAHU KERJA DAN MAHU BERKERJA dari dua tiga puluh pekerja yang hanya MAHU ADA KERJA!!!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

Nasihat yang sangat berguna . .betul betul.:) pengalaman cikgu paling baik .:)pengajaran paling sempurna >:)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kalau nak jadi boss...

azahrohaizah said...

pandai pun anak antie nih

andikabahari42 said...

pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, Pengalaman hanya boleh dibeli dengan curahan peloh dan keringat..
Lepas SPM anak saya kerja cuci kereta.... Hhahaaaa padan dia !!

andikabahari42 Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kalau nak jadi boss...

azahrohaizah said...

Salam Andika

hehehe dera anak yee?=))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...