minggu lepas pada malam Khamis aku di kejut kan dengan sms dari adik aku menyatakan yang mak sakit, sesak nafas dan telah di bawa ke klinik oleh jiran terdekat...heboh lah kami adik beradik pada malam itu kerana mak tidak pernah sakit, demam pun mak jarang sekali. ( ini kerana mungkin mak telah di amanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga adik ku yang sakit.)
mak ketika sihat...cantik kan..terasa malu lak aiii
mak dan adik ketika dlm perjalanan menunaikan umrah baru2 ni...ayu jer ibu ku ini
bila mak sakit dan tidak bermaya, seluruh anggota keluarga serta cucu2 bagai hilang nyawa..
sekarang mak di rumah abang sulong ku di Johor...abang nak bawa mak ke hospital di bawah jagaan isteri nya (staffnurse ) tapi aku tahu mak bukan sakit hospital... ada misteri di sebalik sakit mak.. ada ketulan yg berdenyut2 dan berjalan di dalam perut, dibawah pusat dan kadang2 menyelinap seakan mahu merenggut jantung mak..rasa panas yang menjalar kata mak seakan mencekik dan mak tidak boleh bernafas..
mak pun tahu misteri ini.. dengan suara yg perlahan mak kata, ada orang dah lama dengki kat mak bila mak banyak pegang jawatan dikampung..mak bendahari Umno, mak ketua marhaban dan ketua bacaan Yasin, mak kata kawan mak baru sebulan lalu meninggal kerana kena santau setelah makan juadah yg di hantar oleh rakan sendiri..mak kata mak syak...
aku sedaya mungkin bantu mak..aku yakin kan mak..kita ada Allah mak...kalau betul sakit mak di hantar orang, .aku akan perangi habis2an..biar berkecai nyawa ku dari badan!!
Mak sabar lah ye..serah diri sepenuh nya pada Dia...mak jangan menyerah kalah...kami masih perlu mak untuk seribu tahun lagi..mak kena kuat untuk Aboy..please makk
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..