camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, January 4, 2012

janda pun boleh bangg...

Petang tadi terdengar bualan DJ radio dengan seorang pemanggil.

DJ: Ni dari mana ni yob?
Pemanggil: Dari kelantan. Nak sampaikan permintaan le abang ..

DJ: Kedengaran sedih je suara ni .. kenapa ni?
Pemanggil: Saya boringle abang … Kalau boleh nak cari kenalan. Tak kira le siapapun. Umur berapapun saya tak kisah bang.

DJ: okey ..
Pemanggil: Janda pun boleh bang ..

Lain macam je aku rasa bila mendengar kata-kata si pemanggil tu. Ada ke tiba-tiba je disebutnya, “janda pun boleh bang”. Apa ingat janda tu apa? Seolah-olah status janda itu telah meletakkan ia pilihan yang ke … ishh ..

Maaf, telinga ini tak sedap mendengar suara yang memandang rendah kepada seorang perempuan yang berstatus janda ..

Terus-terang aku benci lelaki yang biarkan seorang perempuan itu bergelar janda kerana nafsu tapi hakikatnya tak mampu untuk berikan keadilan, tanggungjawab dan melindunginya. Apatah lagi jika ia miliki anak-anak yang masih kecil .. tapi dibiarkannya begitu saja. Tak pernah dijengahnya. Tak pernah diambil pedulinya. Sempoi betul lelaki yang seperti itu. Gila!. Sepatutnya lelaki seperti itu ditangkap dan dijatuhi hukuman buat kerja amal di rumah anak-anak yatim selama mungkin .. 5 tahun paling kurang!

(artikel di atas aku ambil tanpa izin dari blog kapten rashid@cikgu rashid..kerdipanbintang.blogspot..
rasa terharu sangat kerana masih ada orang yang punya 'perasaan' macam dia!)

BETUL LAH TU..KENAPA NAK PANDANG RENDAH PADA JANDA???

kerana dia mesti buat salah dan jahat sebab tu suami dia cerai kan dia?
kerana dia tak sempurna dan tidak baik sebab tu dia tak layak untuk suami nya yang terbaik?
ATAU
pandang rendah pada janda...( maka nya terbit ayat ini..JANDA PUN BOLEH BANG..) kerana janda itu sudah semesti nya gersang dan akan tibai saja mana2 lelaki yang mahu?..begitu??

bila agak nya fikiran kolot kita ni akan berubah?...kenapa kita tak mahu meletak kan diri kita kalau kita yang jadi JANDA tersebut?...agak2 korang, janda tu mahu kah menjadi janda?..ada kah insan waras yang mahu kan perkahwinan dia terbarai di pertengahan jalan?...tidak kah kaum LELAKI yang memandang sinis kepada JANDA terfikir, siapa kah sebenar nya menjadi kan JANDA ITU JADI JANDA?...

lelaki senang lah, selepas sewenang2 nya menjatuh kan talaq, dia dah boleh lepas tangan..agak2 nafsu berkehendak, boleh jer tibai mana2 betina yang sudi, TAK KAN ADA ORANG KUTUK..TU DUDA GERSANG..taaaaak..dia boleh kawin dengan anak dara, janda dan sebaya dengan dia..ada orang kesahh?

memang sebagai insan yg di beri nafsu oleh Allah taala, janda akan rasa kesepian..kesunyian dan sangat merindu kan belaian lelaki..tapi sebagai wanita yang beriman, dia boleh mengekang nafsu nya, dia sedar dosa dan pahala dan dia sedar dia sedang menghadapi ujian yang maha getir...jadi tolong lah dia sebagai insan yang lemah bukan diprovok atau semakin di goda dan dipermainkan..dia ibu tunggal, dia lah ibu dia lah ayah..dia harus keluar mencari sesuap rezeki untuk diri sendiri dan anak2 .

tapi selalu nya kaum wanita juga yang pandang serong pada kaum sendiri yang bergelar janda..elok2 dulu berkawan baik kini dah renggang, takut sangat jika suami dia di goda oleh janda ni..bila janda berpakaian lebih sikit, mula lah terjuih2 bibir mengata dan memfitnah..bila janda balik lewat malam kerana kerja..ermmm memang carik bahan gosip dan apa lagi balik di hantar oleh lelaki..ha meletup lah taman perumahan tu dengan berita hangat...hadoyyyy

berbalik pada tajuk tadi, 'janda pun boleh bang'..tolong lah betul kan tune kat kepala hotak tu, bukan semua janda tu kebulur sex ok!!..ramai juga para isteri yg konon nya ada laki tapi kenapa masih di tangkap khalwat di hotel baget?..kenapa??.. bukan kah ada laki yg sentiasa servis dia??..janda ni lain laa kannn..BONGOK!!

DAN JANGAN HANYA SALAH KAN PEREMPUAN BILA BERLAKU NYA PERCERAIAN..TAHU KAH KORANG ADA PARA ISTERI YANG MENDERITA HAMPIR SELURUH HIDUP NYA HANYA SEMATA2 TIDAK MAHU BERGELAR janda!!! TIDAK DI BERI NAFKAH..BEKERJA SIANG MALAM UNTUK MEMBESAR DAN MENYEKOLAH KAN ANAK2..MELIHAT DI DEPAN MATA SUAMI SENDIRI MENDUA KAN DIA..MENELAN SEGALA KEPAHITAN BILA SUAMI KAKI JUDI...bila bercerai, adil kah menyalah kan JANDA?..bagaimana pula janda yang kematian suami?..salah dia kah bila malaikalmaut menjemput suami dia?..salah dia kah juga menjadi JANDA?...

Wahai para isteri yang masih menjadi isteri...berdoa lah agar badi janda ni tidak berjangkit kat korang..jaga lah suami kamu dengan ikhlas dan jangan berburuk sangka dengan orang lain..jika kamu yang terbaik, tak mungkin suami kamu akan beralih arah...

dan kepada para2 janda dan peringatan buat diri ku juga..jaga lah tingkah laku..jangan lah gedik sangat..berpakaian lah dengan sopan dan tidak over..kita ni buat baik pun orang pandang serong apalagi jika kita dah serong!!..



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...