camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, September 15, 2011

hati lain lain...

seperti yang korang tau, aku terlibat dalam food & beverage ni dah lama..dengan MAS dan orang kenamaan pun..selalu jugak kami buat funct untuk berbagai2 dan bermacam2 kerenah yang telah kami jumpa.
aku terpanggil untuk menulis cerita ni setelah terbaca entry ni dari blog tersohor yang telah di view oleh hampir 3juta pengunjung!. dalam entry nya dia terperanjat bukan lagi beruk tapi terkejut Gozila bila orang gaji rumah yang dia pergi openhouse raya ni tadi bagi tau dia yang diaorang ( org gaji ni 2 orang almaklum rumah agam bukan main besar lagi ) terpaksa beli beras sendiri untuk makan! dan ikan atau ayam boleh makan seketul sorang jer dan kalau nak makan seefood yakni sotong dan udang besar diorang kena potong gaji!..nak tau gaji diorang berapa? 5rts ringgit iaitu standard gaji pembantu rumah sekarang!!

setelah baca, bukan dia sorang saja yang terkejut Gozila aku pun sama...dan aku terfikir patut lah orang tua dulu2 cipta pepatah, bahawa sanya rambut saja sama hitam tapi hati memang lain lain!!...sini ada beberapa pengalaman aku tentang hati yang lain lain ni..jummm

1. korang percaya tak, ada anak yang tuntut hutang dari mak dia sendiri..bukan banyak pun rm200 jerr..cerrita nya macam ni..( bukan orang lain pun tapi biar lah aku rahsia kan,..ini cerita lama dulu..mungkin sekarang dia dah berubah..insyaallah..)

dia ni bukan orang susah malah suami dia berjawatan tinggi dalam kerajaan, tapi tak tau lah tahap berkira dia tahap apa,dia bagitau kat mak dia yang adik dia ada kirim duit suruh bagi duit perbelanjaan raya kat emak dia sebab tak boleh balik raya, tapi apa dia cakap kat mak dia?..korang agak?...
" mak ni &&&& bagi duit raya rm200 sebab dia tak balik, tapi aku ambik ye potong hutang mak dulu...lama dah tak bayar!!
demmm bukan airmata mak dia jer aku tgk hampir jatuh tapi hati aku pun ikut banjir...how dare u anak....

1. ni cerita adik aku sendiri..Salasiah..banyak entry pasal dia aku tulis...memang dia belajar sampai oversea dan gaji lumayan, nak tau dia bagi mak aku TETAP monthly rm500! yang lain belum kira bila 2mggu sekali dia balik kampung dan beli barang dapur dan belanja perubatan adik bongsu aku..dan dengan aku tak terhitung! pernah aku sangat perlu kan duit dan dia bagi pinjam..aku janji akan bayar bulan2..ada beberapa bulan jer aku bayar dan kemudian aku senyap...dan dia sedia maklum keadaan aku..bertahun2 kemudian ( bertahun tahun tahun yee... ) baru aku ada kelapangan untuk bayar, kira nya dah mampu lah..nak tau apa dia kata, tak payah lah..aku dah halal kan!! sebab kenal hati budi dia aku tau dia bukan perli..bukan dua ratus ye..berganda ganda dari 2 ratus tuh!!..see hati lain lain kan?

2. ada darah daging sendiri pun tak pernah berfikir dan mengambil berat tentang keperluan anak..ini bukan suka suka nak bagi bagi, tapi ini tanggungjawab..yakni jika tidak di tunai kan boleh di tuntut di mahkamah bukan saja di mahkamah dunia tapi yang lebih azab di mahkamah akhirat!

2.ada yang sangat perihatan akan kesusahan anak orang lain sementelah dia ada kelebihan...beramal jariah kerana Allah dan kasih sayang sesama insan. memberi tanpa alasan sehingga tangan kiri pun tidak tahu yang tangan kanan telah berbakti!!

3. ni passal layanan kat pembantu rumah..aku tau ada orang gaji yang melampau, bukan sikir cerita yang kita dengar bahawa orang gaji kemaruk, kuat melantak makanan kadang sampai stok bahan mentah boleh tahan seminggu tapi 2 hari dah licin, rupa nya masa tuan rumah pergi kerja, dia duk masak dan mencekik tak hengat, malam tuan rumah balik..dia buat muka toye macam dua hari tak makan..yang tuan rumah ni pun tak ambil tahu langsung perihal dapor kau..

yang kes macam beruk lepas kat supermarket tu memang harus kau catu makanan dia, tapi jenis yang suci buat kerja tak henti tu harus lah kau bertimbang rasa..kita terrpelajar apa boleh baca rentak dan bahasa tubuh orang...sebut pasal makan pun berkira ni aku sedih sangat..bab lain gasak lah..jangan lah bab makan...sedih siottt

ada insan mulia yang sanggup 'sengaja' beli frieskes untuk bagi makan kucing jalanan, dan ada insan mulia yang 'sengaja' tempah kat caterer untuk bagi nasi bungkus untuk di beri makan kat 'insan jalanan' , sedang kan mereka bukan orang kaya..mereka orang biassa biasa saja..see sedang kan kau rumah macam istana dato K, kereta mewah 3 biji..baju branded..emas bertingkat2...tang makan orang gaji kau potong gaji?..tuiiiii...

4. masa kami buat catering kat umah orang..pun berbagai perangai kami jumpa..paling best kat umah dato S di Shah Alam..bukan saja sangat humble..isteri dia sebok suruh kami makan dulu..kerja bila perut dah kenyang kata dia..( tapi kami tahu lah etika berkerja..nak puas kan hati dia yang runsing tengok kami berkerja keras, kami pun makan ikut giliran dan makan ala kadar..itu memang sepatut nya )

dan dia tidak lah menyebok kat bahagian penyediaan makanan nak mengintai samaada kami curi lauk dan sebagai nya malah bertanya keselesaan kami samaada nak guna toilet atau nak bersolat!..dan yang paling best dia bagi kami doorgift yang superb! ( doorgift yang sama dia bagi untuk tetamu VIP dia ..fuhhh )

5. baru ni aku tolong kawan buat funct kat Shah Alam juga..rumah CEO bank..( tak payah sebut..mampuss aku kena saman kang )..ada beberapa kejadian yang sangat meluka kan hati..bukan saja tak boleh makan, malah kami di tuduh membungkus makanan yakni bahasa indah nya mencuri makanan untuk di bawak balik!!...bagus kan mentaliti orang kaya ni...dan makanan yang tidak habis tu kami tinggal kan untuk tuan rumah waima kuah asam untuk ikan bakar!! gasak lah umah kau macam pasar tani..

dan satu rumah ni pesara MAS yang setiap tahun kami buat openhouse atau whatever , dia ni sangat takut jika kami tinggal kan baki makanan!..hehehe..kalau tetamu dia tidak hadir seramai yang dia undang dan makanan beerbaki dengan banyak pun, dia suruh caterer bawak balik atau sedekah kat orang kata nya..namun jangan tinggal walau seketul ayam pun!.. see hati lain lain kan?

begitu lah




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...