tiba tiba jari mencapai remote tv..entah kenapa tiada show yang best di semua channel...dan remote terhenti di tv9 dekat di hati..ke udara rancangan Tanya Ustazah bersama ustazah Dr Rubiah K Hamzah...tajuk pagi ini ialah Bahagia Hakiki...
oleh kerana sudah separuh rancangan, aku tidak tahu pucuk pangkal perbincangan, namun ku lihat rata rata tetamu jemputan sedang mengelap airmata..dan penceramah pagi itu iaitu dr Rubiah juga sedang menangis sambil memberi kan ceramah beliau..
dan kemudian aku juga turut menangis...laju airmata ku turun...hati bagai di pujuk pujuk oleh Ustazah..kata nya..jangan gundah jika diri tidak di endah..jangan sepi jika diri tidak berteman lagi...jangan buntu jika tiada tempat mengadu..bukan kah kita ada Yang Satu..amat dekat nya Dia seperti dekat nya dengan urat leher kita...siapa yang sedekat itu/..suami?..adik beradik? waima ibu bapa sekali pun tidak sedekat Allah dengan kita asal kan kita tidak menjauh kan diri dari nya...
jika di tinggal suami atau kekasih, tidak mengapa asal tidak di tinggal oleh Allah...jika sakit tidak mengapa redha lah tapi berikhtiar dan berdoa...Ya Allah aku redha dengan ujian Mu ini Ya Allah tapi sembuh kan lah aku atau jangan di tambah..jika memberat redha lagi sambil berdoa..aku redha Ya Allah jika sakit ku bertambah tapi bekal kan lah aku kekuatan dan kesabaran...
jika kehilangan pekerjaan dan tiada punca keuwangan..maka redha lah tapi ber usha lah..sambil itu bersyukur walau hanya makan nasi berlauk kan garam..syukur Ya Allah aku kenyang denganrezeki Mu..ada orang kaya makanan penuh meja..ayam golek..udang galah besar penuh pinggan,..malang nya dia tidak boleh makan kerana darah tinggi dan kolestrol...
jika diri punya kekurangan, jangan di banding dengan yang berada diatas...nescaya hati akan merana..tapi lihat mereka yang berada di bawah..dengan penuh keinsafan bahawa ada lagi yang lebih menderita dari kita...nescaya hati akan redha!
ya bersyukur lah untuk mendapat kebahagian yang hakiki...
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:
nice blog n song
sahabat
air yang jernih kalau tidak dikocak dapat cerminkan wajah tanpa celanya.namun sesuatu harus kita redha kiranya kocakkan air buat wajah kita hilang dalam geloranya.
harus terima seadanya dan tawakal.hidup seperti dijanjikan dengan apa yang kita tidak tahu atau faham sesuatu itu.Kusukaran dan dugaan itu hanya dibebani oleh insan yang terpilih menanggongnya...
Thanks fre da
aku mengerti kau memahami...
kau baca bukan yg tersurat tapi yang tersirat
kata kata mu santapan kalbu ku
terima kasih sayangku..
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..