camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, June 18, 2011

surah Al Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan, saudara kita.

Wasallam. Jazakallah khairan

credit blog www.resepirahsiaku.com




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:

Whitey Mommy said...

salam sis...:)
nak minta entry ni boleh...:)

Whitey Mommy Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » surah Al Kautsar

azahrohaizah said...

Waalailumsalam Sya,

Wahh akak berbesar hati sya masuk sini..fuhhh 'orang hebat'ni ..

sila kan lah dik, akak pun copy & paste dr blog capten Resepu Rahsia Ku..

surah ni pendek saja dan mudah di hafal, boleh lah tukar lagu untuk dodoikan Kalif ye..boring dah dia lagu lama tu..heheheh

*hugs n kiss

Whitey Mommy said...

ya allah...mana ada hebat kot...:( biasa je...
ok2.. nanti sha post entry ni... menarik untuk dishare...:)

Whitey Mommy Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » surah Al Kautsar

azahrohaizah said...

Sya :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...