camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, June 14, 2011

mertua Vs menantu...

'my heart my soul'

Ibu tiri dan ibu mertua adalah dua individu yang 'mengerikan' pada suatu masa dahulu...tapi itu dulu..lama dulu...sekarang zaman dah berubah, kedua insan ini kadang lebih baik dan mulia dari ibu kandung...

baik..aku nak merapu pasal ibu mertua. bila menonton drama bersiri Mentua vs Menantu sekali sekala ( tengok ni pun pasai Akhasa..ahaha macho beb! ) aku teringat telatah sesetengah ibu mertua ni..alaaa jangan nak tipu la,dalam sepuluh mesti ada sorang ibu mertua yang buat perangai kan?..kan

Apasal perangai ibu mertua macam tu erkk..nak nak dengan menantu perempuan, apa diorang jeles kut yang anak lelaki dia dah kena 'ambik'..anak lelaki dia dah beralih kasih pada bini..ehhh haloo yang ko tu dulu amik anak lelaki mak mertua ko tu xper pun? ni bila anak lelaki ko ada isteri apasal ko buat pe'el?

dah tipikal perangai orang kita agak nya, kita buat xper, orang lain buat xboleh..macam dari start nak cari calon menantu..kalau anak lelaki kita pilih perempuan yang tak cantik, tua lah 2,3 tahun dari anak kita..mula lah membantah..merajuk..
ko pilih antara satu, mak atau pompuan tu..kalau dah konfrantasi mula lah menjaja satu kampung konon nya anak dara si anu tu dah guna2 kan anak kita ni..tu sebab anak kita nak kat dia dah la tua dari anak kita, xcantik lak tu...( ehh bodoh nya, kalau DIA PANDAI GUNA2KAN ORANG, BUAT APA PILIH ANAK KO? baik calit terus kat sultan selangor tu haa..duda lagi tuu..xper 'bank negara', alang2 pandai kannn )

kemudian bab hantaran lak..anak lelaki dia kalau boleh bagi jer duit hantaran rendah, beli barang hantaran yang serba satu tu ala kadar jer..alah bukan nak pakai pun kata nya.Tapi kalau anak perempuan dia, nak hantaran tinggi almaklum barang2 dah mahal sekarang, minyak pun dah berapa kali naik harga...(iskkh yang anak perempuan orang tu duk kat negara mana barang tak mahal? nak bagi duit hantaran rendah? )

bila dah kawin, ni bab yang paling aku tak gemar...depan mulut manis macam madu,kat belakang mengumpat masa rewang konon menantu dia pemalas, xreti masak, bangun pagi matahari dah tinggi menggalah. Kemudian masuk campur lak urusan rumah tangga orang..bila nak beli langsir, sebok suruh pilih kain ni, warna ni..nak renovat dapur pun,si anak pun satu mesti nak tanya mak dulu..kemudian ikut cakap mak
bila dah ada anak lagiiii makan hati..sampai nama anak pun dia yang bagi..dia yang kendong dan dodoi kan..menantu ni xpandai..budak xmau lena..ha'aaah

lepas tu kannn, anak menantu dan cucu dia tiap hujung minggu mesti balik rumah dia,kalau xbalik dia akan buat rombongan cik Kiah datang rumah anak dia...( apa lagi ehh aku tengah pikir ni )..haaa kalau menantu dia beli barang kemas ke..alat make up atau apa jelah yg berjenama yang mahal..mula lah muncung konon menantu ni mengabiskan duit anak dia...

meh aku nak cuci sikit..

1. apa yang kita ndak, samalah orang pun ndak..apa yang kita xsuka, orang pun xsuka gak..so what??? bertolak ansur lah

2. bila dah jadi menantu anggap lah macam anak sendiri..kalau xtau masak-ajar, kalau pemalas tegur cara berhemah..( sama macam kita nak besan kita sayang kat anak perempuan kita, apa rasa pulak bila besan kita mengumpat anak kita? )

3. ni masa anak2 kita pulak menentu kan masa depan hidup diorang..jangan lah kacau-pantau boleh.Gasak dia lah nak beli apa, caler apa pun-rumah dia..yang penting dia suami isteri berkenan.Yang menyebok buat apa, kita ni orang lama idea kolot tau tak, biar dema bagi nama anak dema cantuman nama diorang ker, ambil nama dari drama popular ker ..gasak lah cuma bagitau lah makna nama penting,kalau boleh biar makna nama tu molek..titik!

4. yang tamak kontrol hidup diorang tu apsal? cuba dulu mak mertua ko buat ko macam tu?...xbagi ko balik rumah mak ko..atau besan ko xbagi anak ko balik umah ko, asal hujung minggu jer balik umah dia...apa rasa?..iskkkh aku sepak kang

5. biar lah laki dia nak beli kan bini dia apa pun..entah2 menantu ko... lagi banyak keluar duit dari anak ko..ada ko tau???

aku sangat salut dengan mak aku iaitu IDOLA ku..

dia xpernah membandingkan antara anak menantu
xpernah mengata anak ni kepada anak lain
xpernak mengata menantu ni kepada menantu lain apalagi kepada orang luar
xpernah membeza2kan cucu
xpernah buka mulut si dia ni bagi duit banyak ni,sidia ni xbagi langsung
xpernah mendesak suruh balik kampung, kalau rindu sangat, dia yang datang
xpernah complain bila kat rumah anak menantu, bak kata orang noghori..ontok yoo

***ni lagi satu yang besan nak ber VS ngan besan ni aper cerr?...
kalau ko menang pakaian paling up to date ko dapat pingat?
kalau ko menang rumah ko penuh ngan perabot dan hiasan mahal2 ko dapat tropi?
kalau ko menang dengan set barang kemas untuk di padan kan dengan baju ko dapat Piala Pusingan?

tapi ko dapat tak memenangi hati orang? akan termasuk kah nama ko dalam doa 5x sehari orang? akan dapat menyentuh hati orang kah, akan merindu sayu kah orang bila teringat kan ko???

xderrr?? xdapek den nak nolong



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

5 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

hee . .bab ni selalu ada dalam drama melayu . .kes yg biasa terjadi . .
Mida hari-hari kena ceramah dengan ayah cara nak cari calon lelaki . .adik-adik lelaki perempuan semua kena . . .
Ayah mida pesan awal-awal . .
Bukanlah mencari kesempurnaan mungkin sekadar panduan supaya tak mendatangkan penyesalan di kemudian hari . .:)
betul cakap aunty :) hope nanti mida dapat mak mentua yg baik hati mcm aunty :) hee:)

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » mertua Vs menantu...

Shikin JD said...

Adooooi, sshnya nak cari jalan nak msk sini, ni agi la dak Tam bagi alasan ssh nak komen, hehehehe....

Zazah,

W/p mcm2 kite dgr psl kesah hubungan ngan mertua bagai ni mmg sian, tapi mgkn i beruntung kot sbb my x-inlaws mmg rapat & baik ngan i sampai skang....dorang layan i cam anak dorang & i leh peluk-cium, gurau2 ngan dorang cam family sendiri....

Dorang la tmpt i ngadu2 psl anak dorang dulu...dorang pon da bersumpah anggap i anak dorang dunia akhirat, alhamdulillah...

I leh balik sana anytime & i mmg dianggap part of the family, alhamdulillah....

*poloks coms muah!!!*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » mertua Vs menantu...

azahrohaizah said...

mida
memang lah orang tua nak yang terbaik untuk anak2 diorang.
sebab bak kata pepatah cubit peha kanan peha kiri pun terasa sama.

hehehe aunty memang bakal ibu mertua yang baik!!

azahrohaizah said...

Kikinnn

Tuhan tu Maha Adil Kin..
tengok dangan ex hubby camtu, tapi ngan kuarga mertua very closed..
tu nama nya tutup pintu kiri pintu kanan terbuka.
wat ever semuga hidup kita semua bahagia kann

awat nya susah nak masuk sini???Sesaaaat kaa?
ahaks

pakai lah GOOGLE OR GPS..hehehe

polok2 gak..syium2 lama2

Shikin JD said...

Zazah, ssh nak cari tmpt nak komen ni hah!
Tak nmpk tulisannya, mula2 igt u xbagi komen, hehehehe....*muah*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » mertua Vs menantu...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...