camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, June 20, 2011

ketat jer muka...


aku dalam mood yang 'ketat'...ahaha paham2 jelah dalam sebulan, seminggu orang pompuan ni dalam mood itu. Ermm selalu kan jadi bahan gurauan untuk orang lelaki baik di rumah atau kat tempat kerja..kalau mood xbaik mesti ayat ni yang keluar-
"monyok jer... bulan mari lah tu" ...malah kalau lelaki yang buat pe'el akan di usik juga
"kau ni apahal, period ker?'...

amboiii suka nya kaum adam mempersenda 'datang bulan' ni kan...diorang xtau betapa azab nya kita bila 'sahabat baik' kita yang setia tu datang...diorang ingat kita sengaja ambil kesempatan untuk moody agak nya.kadang kadang kita di perli2 nya.

ni cerita adik aku, oleh kerana geram sangat dengan hubby dia yang mempersenda 'keketatan' muka dia, adik aku telah mendajal dengan melekat kan tuala wanita kat spender hubby dia..hubby dia ni bangsa manja, semua nak kena hulur sampai underwear pun xreti nak cari, so senang lah kerja adik aku ni..lepas jer pakai underwear yg 'bertuala wanita' tu, hubby dia selamba badak je pulak...ahhh sudah, plan adik aku xmenjadik...hahaha

tapi sejam kemudian, hubby dia call:-

hubby: yang apasal kat underwear ada ayang 'punya'??

adik: hah?? ( ceh pura2 terkujut..) caner leh perasan?

hubby: abes dah terbonjol jer masa driving..punya lah seksa nak sampaikan kat opis

adik: ehh?...seksa ehh..tu baru duduk driving..baru 20 minit jer tu yang..belum 24jam...belum lagi rimas sebab tuala tu basah...belum lagi ari2 sengal..belum lagi sendi dan tulang2 lenguh dah seksa yang???...dah seksa?

hubby:.....yang abang sorry okay!!

untuk pengetahuan tuan2, orang tua2 zaman dahulu memanggil darah haid sebagai airmata rahim atau rahim yang menangis kerana kegagalan mengandung..

Haid ialah luruhan tisu dinding rahim melalui faraj sebagai darah haid. Ia berlaku melalui tindak-balas kompleks hormonhormon dalam badan melalui sistem endokrin di otak dan di kilang ovari. Hasil tindak balas hormon ini ia menyebabkan penetasan telur berlaku pada hari subur seorang wanita dan juga menyebabkan dinding rahim menebal sesuai untuk menerima penanaman sebutir janin ke dalamnya. Jika kehamilan tidak berlaku ia luruh sebagai darah haid. Seterusnya kitaran ini akan berulang semula.

Terdapat tiga perkara yang berlaku ketika haid.

1. Pengeluaran hormon haid
2. Penetasan telur
3. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid.

setiap pengeluaran darah haid dan tahap kesakitan tidak sama diantara satu sama lain..ada yang bernasib malang mengalami senggugut sehingga tidak berdaya bangun, ada yang sehari dua sebelum kedatangan haid akan mengalami bengkak payudara, sakit belakang dan pinggang dan sebagai nya.

begitu lah insan istimewa yang bernama wanita ini melalui fasa di dalam hidup nya, sedari awal akhil baligh sudah merasai kesakitan dan berterusan waima di malam pertama pun, wanita terpaksa melalui 'kesakitan' terlebih dahulu kemudian proses mengandung dan melahirkan. Maka nya di dalam kelembutan, wanita sangat kuat dan tabah kerana kami sudah terlatih seawal usia 12 tahun!!!

Oleh itu bertimbangrasa lah dengan wanita mu wahai kaum Adam!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

PMS...!!!!!

Zazah, kite kalo kena mmg melepek-tergolek-menonggeng lar, mmg xthn tapi kdg2 tu gagah2kan gak badan ni lebih2 kalo terpaksa gak wat keje atau gi keja...mkn berusia mkn teruk lak, dolu anak2 dara xde lak kena....

Org lelaki mana paham PMS ni sumer...

*muah2-geget2*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » ketat jer muka...

azahrohaizah said...

tu lar yang pelik nya..
makin nak 'pupus' makin sakit lak..haahha

tebiat agak nya khennn

xdaya nak geget..hehee
blow jer :)(..:)(

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...