bertuah lah dapat suami yang menghargai isteri mereka
KUALA LUMPUR – Untuk mengelak dari ditinggalkan suami, adalah tidak salah bagi seorang isteri untuk bertindak nakal seperti ‘jalang’ dan menggoda manja pasangannya dengan berpakaian seksi di rumah.
Pengerusi Majlis Persatuan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM), Nuraini Jufri berkata, isteri-isteri harus mengambil inisiatif melayan suaminya sebagai pasangan kekasih di waktu zaman bercinta untuk menguatkan jalinan hubungan suami isteri sedia ada.
“Jika di waktu bercinta, kita sering menghubungi teman lelaki melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), dan kadangkala ada menghantar bunga, malah adakalanya kita bermanja-manja dan berpakaian menarik.
“Tidak salah bagi seorang isteri untuk menggoda suaminya dengan berpakaian seksi seperti ‘jalang’ dan memikat hati suami dengan berkelakuan gatal, tak salah menggatal dengan suami sendiri bukan?” katanya di majlis perasmian MPITM oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr. Rohaya Mohamed, yang meminta para isteri untuk melayan suami mereka bagai ‘pelacur kelas pertama’ untuk mengelak suami mencari wanita lain.
Mengulas lanjut, beliau berkata, isteri-isteri harus mengambil iktibar dari keperitan pengalaman ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan suami dengan berusaha menambat hati suami masing-masing agar tidak mencari wanita lain diluar.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
pada aku tak payah lah nak act macam PELACUR ke, macam JALANG ker...kalau dah memang suami tu baik dan sayangkan kita, dia akan menerima kita SEADANYA dan kita menerima suami kita SE REDHA NYA..xperlu nak merendah diri SE RENDAH ITU!!!
P.S para pejuang wanita..sudah2 lah tu..pi ikut kak Fida tu buat amal jariah kat lorong Haji Taib...lagi banyak pekdah
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

5 dah luah kan rasa:
Kalo nak soh wife goda hubby cam jalang & kai sexy, yg laki pon kena wat yg sama gak, jgn la dia berselepet ngan kain pelikat & berlenggeng & bermasam2 je kat umah...kena la sama2 goda-menggoda baru fair...
Kikin
kadang memang xpaham dgn para suami ni...isteri dia nak tip top, tapi yg dia tu menyerebeh, menggelebeh xper lak...
kadang tu isteri punya lah cun dan perfect lah tapi masih gak cari lain,yg pelik org baru tu xda lah hebat...jauh lebih baik yg lama..tapi apasal tersangkut gak???
kadang tak tercapai dek akal ku...ahakss
marah sangat nih sampai xnak polok2???=)):-t
Hahahaha, tu la Zazah, maghah sgt ngan sang jantan2 yg mengaku suami budiman konon tapi hampeh!!!
*Jom polok2 guleng2 wrestling2...muah!!!!*
pikatlat suami dengan senyuman.budi bahasa.air tangan didapur.dan kebersihan.kalau tak de kesan juga mmg suami tu jenis hampas...tak ade lebih baik dari ada.hai para isteri jgn bergantung ekonomi dengan suami..
Salam kedai buku...
betul tu..
kalau semua dah kita buat, suami cari lain juga biarkan...biarkan...
makin di tegah makin menjadi...
anyway thanks ya singgah :x
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..