camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, October 12, 2011

mari bantu kak yan...

" ye kesihatan saya masih belum pulih.Saya tidak boleh bergerak, berdiri dan berjalan langsung.dari kaki ke tengkuk semua nya keras, panas dan sakit. buat masa sekarang ada tiga orang jururawat menjaga saya, kerana setiap kali mahu ke bilik air, mereka terpaksa angkat dan sorong saya ke bilik air dan angkat balik ke katil.

Badan saya berat kerana di penuhi air kesan dari rawatan terdahulu. mereka juga bantu saya mandi, basuh , suap kan makan dan bantu buat senaman physio.

suami dan anak anak juga sakit kerana menjaga saya..ada kala nya mereka lambat pergi kerja dan kerap mengambil cuti.
setiap kali di angkat, ketiak dan tulang belikat menjadi sakit.jururawat terpaksa mengurut saya.

saya hanya mampu menahan sakit, memakai pampers, sarung tangan dan mengambil makanan tambahan.

Esok saya kena masuk hospital kerana doktor yang merawat datang ke rumah memberitahu kemungkinan kanser saya menyerang kembali dan kali ini sudah merebak ketulang belakang. ia memakan masa 5 6 bulan untuk sembuh. oleh itu saya amat memerlukan bantuan keuwangan.


terpaku aku malam tadi ketika menonton berita di tv3..Ya Allah amat berat dugaan buat seniwati kesayangan ramai ini..dan ketika dia memandang tepat kamera dan memohon maaf buat semua...ada airmata gugur di hati ku...aku terkenang tulang belakang dan tulang tengkuk ku yang sakit..amat sakit..

mari lah kita bantu kak yan..jika tak mampu beri dari segi keuwangan, mari kita bantu dengan DOA...semoga di beri kemudahan dan kesabaran yang berlipat ganda..aminnn




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...