

A ( lelaki ) berkawan dengan B ( perempuan ) kemudian B kenalkan C (perempuan ) kepada A..B ingat A cinta kan dia, malang nya A anggap B hanya kawan biasa..dan bertemu C yang B kenal kan pada nya, A jatuh cinta pandang pertama dan bagi C , A adalah cinta pertama nya dan ofcoz kalau boleh jadi cinta terakhir..
kawan baik A pula D ( lelaki ) menyimpan cinta dalam diam pada B..mungkin kerana sifat D yang pendiam dan pemalu menyebab kan D kurang menonjol dan tidak mendapat perhatian dari B berbanding B lebih melayan dan mengharap pada A..akhir nya cinta D di tolak mentah2 oleh B dan D membawa diri jauh dari pandangan kedua dua sahabat nya itu..biar lah duka lara nya di pendam sendiri..keluh D...
berbalik kepada A dan C..mereka membina cinta..mereka berjanji setia untuk hidup bersama hingga keakhir usia...dan B pun bertemu insan lain E...berbahagia lah pasangan ini kecuali D yang membawa hati lara.
hari bersilih ganti dan waktu pun berputar mengikut paksi nya, A melanjutkan pelajaran ke negara jiran, C pula tamat peperiksaan pulang ke kampung halaman..entah apa sebab nya A dan C terputus hubungan..almaklum waktu itu kecanggihan IT belum ada begitu juga dengan talian mudah alih...
C menghadapi dugaan..silih berganti jejaka ingin menyunting C namun atas dasar cinta sejati nya C menolak dengan baik..sehingga C di beri kata dua oleh keluarga...jika ada yang di tunggu sila datang untuk melamar atau jika tiada ikut saja pilihan mereka..
dengan penuh harapan, C pergi kerumah A..semoga dapat petunjuk di mana A berada atau sekurang kurang nya meminta keputusan samaada diri nya masih di cintai seperti dulu..namun harapan C hampa kerana tiada penghuni yang ada di rumah A...pulang lah C dengan putus harapan.. .dan dengan keupayaan yang terhad C mengikut saja kata keluarga... berderai sudah tugu cinta nya...kaca nya berselerak ke seluruh maya..meluka kan setiap sendi anggota...bergema nya paluan kompang, begitu lah bergema suara hati C...menjerit memanggil suara kekasih...
setahun kemudian A pulang dan B mengkhabarkan yang C sudah di ikat dan terikat..gementar seluruh anggota A...hancur hati bukan kepalang...dan rasa yang amat bersalah kerana kekhilafan nya meninggalkan C tanpa khabar berita..namun apakan daya, yang termampu hanya mendoa kan kebahagiaan C..
B pula tidak serasi dengan E..atas dasar sahabat A dan B saling ubat mengubati ke lukaan di hati..dan akhir nya mereka sepakat untuk hidup bersama dan berbahagia untuk selama lama nya..
Namun A dan C
B dan E
D dan B
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:
Ya Allah..nak nangis guling2 baca entry nie taw haaaa...*hugs*
tammmmm
meh polok akk kita nanges guling sama sama
cuba teka akk yg mana dlm ini pelem?
*hugs xmo lepas.,muah muah gak
adik..akak xfhm..
1)cmne dlm para 3, B(pompoan) bertemu E..E tu llaki ke pompoan ek ?
2) A - ok, B - ok, C - ok, D - ok, E - ?
akk anon,
sorry terlepas pandang...E tu lelaki misteri sampai skrg jd persoalan ,hahhah
by the way thanks to visit my blog
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..