camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, April 11, 2012

kembara mencari redha Mu...

salam..
diam tak diam dah  2 minggu aku pulang dari tanah suci Mekah..tapi rasa nya kerinduan semakin parah...sewaktu solat di rumah, aku terasa2 seperti bersolat beramai2 di mesjid...tiba2 hati terasa sayu ya amat...mungkin ini yang di namakan 'kemanisan' beribadah..

hari minggu kemarin aku ke majlis kenduri kawin adik angkat ku..maka ramai lah aku berjumpa dengan makcik2 adik angkat aku ni...dua tiga orang makcik dia, tak putus2 menyatakan ..betapa beruntung nya aku muda2  dah dapat pergi 'sana'..dah dua kali lak tu...

sedang kan mereka, umur dah lanjut, duit tu ada tapi hajat asyik tak sampai jer..dan petang tadi sewaktu on9 dengan seorang kakak se kampung dgn aku..dia pun sama...betapa dia ingin sangat pergi..tahun lepas duit dah cukup..dah daftar dah..tiba2 anak bungsu dia excident patah kaki..terus tak jadi...mungkin ini yang nama nya 'seru'...dan dia sampai tanya apa amalan aku hingga aku dapat pergi ...astaqfirullah halazimm..kakak oiii amalan apa nya..perangai aku ni huduh kut..

baikk..aku rasa nak merepek malam ni..tapi dengan cara aku lah..aku tak pandai berhujah macam ustazah dato siti norbayah...cukup kalau apa yang aku cakap ni dapat di fahami...

pada aku kita kena ada 'hubungan' dengan Allah...tak kira lah luaran kita ni macamana asalkan kita ikhlas..ingat sekali lagi, ikhlas itu hanya Allah saja yang tahu!!

macam kita ada hubungan dengan pasangan...setiap saat kita ingat dia...baca mesage dari dia pun sambil senyum..tak sabar2 nak tunggu kehadiran dia...macamana susah pun dengan dia sanggup di harungi...sedikit pun tiada rasa kesal..malah rasa puas bila dapat berkorban untuk yang tersayang...bila dia susah, kita pun turut merasa kan kesusahan nya..berjauhan terasa rindu yang amat hingga tak sedar airmata menitis...

begitu lah lebih2 lagi hendak nya hubungan kita dengan Allah...kita ni kadang sembahyang sebab hukum jer...takder perasaan pun..ehh ingat segala macam lagi...cuba tengok orang yang ada rasa ,baca Fathihah sambil menanges...kenapa?...
lepas sembahyang berdoa, menangis lagi...bila baca Alquran, bergetar suara...( jangan silap tafsiran apa yang aku kata ni...aku pun bukan nya pandai sangat...macam yang aku kata tadi..perangai aku huduh kut )

tapi bila kita takder 'rasa' tu..kita dapat pergi Mekah pun tak guna kerana kita tak dapat merasai kemanisan nya..kerana kat sana bukan nya selesa...dengan cuaca yang amat panas dan kering..dengan orang yang sangat ramai...dengan terpaksa berjalan kaki untuk ke mesjid...bukan tidak ada yang merungut2 dan hendak pulang dengan segera dan ramai pula yang lebih bershopping dari ke mesjid!!..

tapi bila kemanisan dapat di rasakan..ketidakselesaan bukan perkara utama..kepanasan bagai terserap dengan tiupan angin...orang ramai seperti bersendirian...airmata yang sentiasa mengalir rasa seperti senyuman kebahagiaan!...menatap Kaabah seperti berada di dalam syurga...

apa2 pun hidayah itu milik Allah dan sentiasa lah panjat kan doa agar ia menjadi milik kita...


gua hiraq di mana baginda rasulullah mendapat wahyu yang pertama..kami tidak singgah, hanya melihat melalui kenderaan saja...dikhabar kan untuk sampai kepuncak mengambil masa dua jam..( tidak kelihatan didalam gambar...sebenar nya berduyun2 orang mendaki untuk sembahyang sunat di gua Hiraq )

ini ialah Bukit Jabal Thur di mana telah berlaku peperangan Badar pada zaman rasulullah..di katakan pasukan perang baginda menang besar pada awal nya, namun kerana tidak mendengar nasihat baginda untuk berdiam dahulu di dalam kubu, mereka tamak dan segera merampas harta perang,maka pasukan perang di serang hendap dari belakang...ramailah yang terkorban sebagai syahid..

RALAT: Perang Uhud sebenar nya...terima kasih pada blogger xkenalmakertakchenta.blogspot.com kerana pembetulan dan perihatin nya..

ramai yang cuba mendaki untuk melihat sendiri kesan yang di tinggal kan.

sepanjang jalan hampir tiada bangunan atau rumah yang kelihatan..kalau ada pun jarang2

ini di bukit Jabal Rahmah...tengok tu mereka tulis nama di situ..semoga dapat jodoh agak nya..heehehe

ini unta yang cantik di make up..nak naik unta ni boleh..bayaran nya 5 riyal sahaja

ahli keluarga ku bergambar kenangan di perkarangan  Mesjid Cuba'..

adik ku di pasar Qurma...segala mak nenek Qurma ada disini..Qurma nabi di sini sekilogram harga nya 150 riyal! gulppp...tapi apa ada hal..khasiat nya sangat banyak..selain dari tiada biji, lembut..ia mengenyang kan dan di kata kan dapat mengubat penyakit ringan dan terang hati

errrrrrr sekali kat sini, di kaki bukit Jabal Thur..qurma nabi sekilogram 55 riyal saja!..hahaha..tapi emak aku kata...kat sini kebersihan di ragui...habuk pasir berterbangan kut...( cara2 nak hiburkan hati..)

sekarang ni kota Mekah sedang dalam pembinaan besar2ran...habis segala bangunan kedai dan hotel di roboh kan..yang dalam gambar tu hotel2 kosong yang menunggu masa saja untuk rebah...oleh sebab tu hotel kami di Mekah agak jauh dari mesjid..dan kami terpaksa mendaki dan menuruni bukit yang boleh tahan gak la tinggi nya bila naik dan curam bila turun...hahaaha kalau sebulan harus tonggek nihh..

pemandangan di belakang Masjidilharam...kren berceracak2 dan bunyi jentera bekerja 24 jam tanpa henti!

namun begitu kedai2 menjual cenderamata tetap ada...siapkan duit nya saja!

dan disini..ohh ya mata wang Arab saudi sekarang ialah rm100 bersamaan 120 riyal





setakat ini saja yang dapat aku kongsi kan..harap segala paparan tiada salah tafsir atau anggapan..aku ikhlas untuk berkongsi pengalaman..semoga mendatang kan keinginan untuk pergi kesana...
dan apa yang aku tulis ialah apa yang aku RASA...orang lain mungkin lain pula rasa nya...
Wallahualam.



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

5 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

Alhamdulillah Aunty selamat pergi dan selamat balik diiringi dengan rahmat ALLAH swt . Indahnya rasanya kan? Dengan harapan satu hari nanti mida juga turut sama dapat menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Rasulullah SAW .. Bumi dimana terletaknya kiblat seluruh umat islam di dunia . Bumi juga tempat Nabi Adam as dan Nenek Siti Hawa r.a bertemu .
Aunty lawa lah :D hehe Mesti seronok kan ? Subhanallah untungnyaa aunty , mida hampir dikatakan tiap hari sejak bekerja jumpa dengan mereka yg menyambut seruan Allah ni , rasa terharu sangat .. Insya-allah satu hari nanti kalau dah sampai seru Mida pula ke sana .
dan ralit : Aunty jabal Thur tu perang Uhud . yg tentera Islam menang pada mulanya , kemudia kalaha kerana membelakangkan arahan Rasulullah dimana semasa perang itu juga Rasulullah SAW turut cedera. Perang badar adalah perang di mana , parit digali disekeliling medan peperangan dan sewaktu perang badar tentera Islam menang besar . Hee mida hanya berkongsi mana tahu sebab dulu Sirah pun dapaa B je . okay aunty dengan salam dan doa semoga aunty sihat selalu dan berada dalam rahmat-Nya . AMIN .

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kembara mencari redha Mu...

Asmi Asmidar said...

harap komen mida masuk .

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kembara mencari redha Mu...

azahrohaizah said...

Hai Mida...
ni lah org yang aunty tunggu2 untuk komen...ermmm baru muncul ye..

Alhamdulillah aunty dah selamat pergi dan selamat kembali..memang seronok dgn semua pahit manis pengalaman yang di lalui..semua tu menuntut kesabaran yang tinggi..

Aunty lawa ehhh=))...shy2 cat di buat nya...hehe

thanks untuk pembetulan tu..sgt aunty hargai...ye memang betul itu peperangan Uhud...entah mcamana leh tertaip perang badar lak...

Aunty doa kan kita semua akan segera menjadi tetamu Nya ye..sbb masa muda, sihat dan bertenaga lah kena pergi..bila uzur dah tak seronok sebab nanti akan menyusah kan orang dan diri sendiri saja..

sekali lagi, thanks Mida...rajin2 la jenguk aunty ye

kedai buku perintis said...

salam rohaizah.alhamdulillah selamat segalanya.doakan sahabatmu ini.......untuk diterima disana...

kedai buku perintis Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » kembara mencari redha Mu...

azahrohaizah said...

Wsalam Kpb..

Terima kasih..saya sentiasa mendoa kan..setiap langkah saya mengelilingi Kaabah saya menghitung nama teman2..ingin benar saya agar teman dn sahabat ada bersama saya merasakan nikmat ini,

Insyaallah bersabar menunggu giliran ye..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...