camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, April 8, 2012

kembara Part 4- Mekkah Al Mukarramah...

kemudian tiba lah waktu yang ditunggu2 dengan penuh debaran, iaitu waktu menuju ke Mekkah untuk perkara wajib dan utama iaitu berikhram dan tawaf mengelilingi Baitullah..Kami meninggal kan Madinah yang penuh dengan kemanisan itu selepas makan tengahari dan solat zhohor...mandi sunat ikhram dan memakai pakaian ikhram maka bermula lah pantang larang bagi mengerjakan ikhram...sampai di Bir ali lebih kurang waktu asar terus solat asar dan solat sunat ikhram seterus nya berniat ikhram...

Dia ibu ku..insan mulia yang membawa ku ke dunia ini...alhamdulillah niat mak nak bawa kami adik beradik ( 4 dari 6 beradik ) telah tercapai...harapan mak agar kami menjadi anak yang lebih soleh dan solehah dan yang 'sakit' semoga sembuh seperti sediakala...Semoga syurga Al Jannah tempat mu ibu...aminn

ini lah anak mak yang sihat walafiat sewaktu di sana....kuat makan dan kuat sentap..hehehe nak wat caner airmata sangat murah...laju jer turun nya...

Saly adik ku yang no 4...sangat berdidikasi dan kuat semangat...pendiam dan penyabar...

Asme adik ku yang no5...sejibik perangai aku...bising,kuat gelak ...heheh whatever..


Aboy adik bongsu kesayangan kami...dia ni 'sakit'... semoga Allah merahmati Aboy..di beri ketenangan dan kekuatan...

di Bir Ali untuk bermiqat yakni solat sunat tawaf dan berniat


aku selepas tawaf...lihat ramai nya umat... kesabaran dan kecekalan jiwa saja yang membuat kita tenang dan selesa...
saie..berlari2 anak dari bukit Safa ke bukit Marwah..sebagai mengingati bagaimana ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar berlari2 di tengah padang pasir kerana mencari air untuk anak nya yang menangis ke hausan...dengan takdir Allah terbit mata air dari tumit si kecil yang melonjak2 ketika menangis...dengan segera si ibu mengepung air yang membuak2 keluar dari perut bumi yang tandus itu dengan kedua belah tangan nya sambil berkata Zam zam..zam zam...iaitu berhenti!

berpusu pusu memasuki pintu babul salam.... ada branni?...

sebahagian dari ahli jemaah umrah...jum sapa2 nak pergi kontac aku...kita pergi ramai2 nak?..sambil beribadah kita mengeratkan lagi tali siratulrahimm..

indah nya kota suci ini di waktu malam

berposing lagi..

kerinduan yang masih membara...Ya Allahhh...Subhanallah 


ini sebahagian pengalaman aku di tanah haram ini...memang tidak semua ku cerita kan, dan banyak lagi gambar yang tidak ku upload...aku harap korang akan 'merasa' sama apa yang ku rasa...demi Allah aku tidak berrniat hendak menunjuk2 atau riak..jika itu terdetik di hati korang, maka segera lah beristiqfar..sesungguh nya perasaan tidak ikhlas itu menjauh kan hubungan  kita dengan Allah...ingat lah

 IKHLAS ITU RAHSIA BATIN ANTARA KITA DAN ALLAH SEHINGGA KAN TANGAN MALAIKAT PUN TIDAK MAMPU UNTUK MENCATAT NYA!!

tunggu catatan terakhir aku iaitu tempat2 yang sempat kami ziarahi...sesungguh nya melihat peninggalan dahulu sangat menginsafkan...jauh dari segala kemudahan namun mereka berjuang untuk syahid!!



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...