camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, May 24, 2011

tak habis2 cerita hantu...adehhhh

apa ni?...dah tak tau nak tengok chanel mana dah sekarang nih..baik RTM atau Astro semua rangkaian nya dah macam jadi fenomena lak siar cerita hantu..apa ini tema tahun 2011 kah???
kat wayang pun sama gak...bak kata blogger SAK, kalau hantu tu dapat royalti tentu dah kaya raya dah depa..tak perlu merayau2 mencari setitis darah!..ahaksss

macam2 kisah hantu ada..hantu glamer kak limah lah..hantu kumkum lah...hantu apa lagi? aku pun tak tau nak sebut dah...wajah2 hantu ni lak...mak aiii ngeri tak hengat..ada tu di gambar kan secara berlebihan sampai dah tak seram dah sebab terlebih solek!..apa hantu ada genchu dan blusher kerrr?
belum lagi cerita semasa kat kampung2 bila ada kematian orang yang tak di senangi contoh bidan mak piah ker sebab dia buat kerja gugurkan janin, atau bila bomoh pak awang mati ker...perghhh dia punya cerita hantu mak piah balik rumah atau hantu pak awang merayau2 mintak makan akan segera tersebar macamtersebar nya virus H1N1..
tapi betul kah roh orang yang dah meninggalkan dunia ni boleh balik merayau2 seperti yang di dakwa?

bukan kah roh sesiapa sahaja yang meninggal dunia akan berpindah ke alam barzakh?suatu alam tsansit sementara menunggu alam akhiarat.kita sekarang berada di alam dunia.yang mati berada di alam barzakh.sudah tentulah berlainan sifat nya.mereka yang berada di alam barzakh tidak boleh berada di alam dunia.jadi tidak benar sama sekali jika ada orang mendakwa mereka melihat kelibat si mati di atas dunia ini .siapa sahaja yang mati baik muslim atau non muslim pun ia tetap di alam barzakh.

So apa cerr beb??
Ini adalah tipu daya syaitan,iblis dan jin kapir laknatullah.mereka buat konspirasi peringkat antarabangsa untuk sesatkan umat manusia daripada menyembah Allah!.mereka di izinkan oleh Allah untuk sesatkan manusia hingga ke hari kiamat,dan mereka boleh menjelma dlam bentuk manusia yang telah mati untuk takutkan manusia,seterus nya sesatkan mereka.

Dalam Surah an-Nisa, ayat 38 (mafhumnya),”….Dan sesiapa yang menjadikan syaitan itu kawan setianya, maka dia mendapat kawan setia yang amat jahat.”

meh kita tengok dari sudut sains lak, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim,graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
caner lak hantu di kata kan leh merasuk manusia ehh?
oleh kerana hantu dn jin terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia, yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ketahap kerohanian.
apabila sudah bersarang dan penghasilan gelombang yang banyak,ini mampu memberi kesan negetif trhadap
organisasi kehidupan seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin, hantu dan syaitan.

bagaimana logik nya merawat gangguan jin dan syaitan dengan zikir dan ayat suci Alquran??

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih. Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal. Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa.

wowww!!!..moral of de story is..dekat kan lah diri pada Allah..sentiasa lah penuhkan ruang dalam diri dengan kalimah suci Nya..insyaallah

apasal lah tulisan kat post aku kali ni macam ROJAK??..GANGGUAN HANTU KAH??...hehehehe



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

4 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Kalo dok sorang2 kat uma memalam xbrani nak tgk cite2 antu yg bermaharajalela skang...hehehe

*hug2 kiss2 muah!*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » tak habis2 cerita hantu...adehhhh

azahrohaizah said...

betul tu kin
seram pun ada..muak pun ada
gelihati pun ada sebab xmasuk akal

kalau nak sangat buat citer hantu,buat
lah mcm filem thailand tuh, baru lah thrill khennnn

*muah muah muah

itamrazali said...

ehh ehh..menarik nie..thanx for sharing..nak start zikir ler selalu..*hugs*

itamrazali Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » tak habis2 cerita hantu...adehhhh

azahrohaizah said...

itammmmmmmmmmmmm
baru nampak batang idung adik ku DIVA nan sorang nih...heheheehe

tam, zikir bukan saja boleh menenangkan hati,tapi juga boleh melegakan kesakitan ringan seperti sakit kepala dan sakit gigi.

cara nya tekan tapak tangan dan jari di tempat yang sakit, pejam kan mata dan arahkan minda menarik kesakitan itu di sertai dengan zikir..apabila kita kusyuk,kita boleh rasa gelombang zikir mengalir dalam saraf dan mematikan kesakitan.( dengan izin Allah )

cer terai..cer terai...

muah muah muah..eh melekat gak

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...