camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Thursday, May 12, 2011

syukur dato dah sembuh...


KUALA LUMPUR: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.

Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.

“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,” katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri.

“Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.

“Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.

“Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya.

Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.

“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.

Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.

“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.

“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya.

Nota:

Aku 'terbeku' sekejap baca berita ni..ermmm alhamdulillah banyak dah bukti yang jelas bahawa penyakit pembunuh ni tidak lah ganas sangat dah sekarang ni...ramai yang menemui keajaban dan sembuh walau jangka hayat yang doktor 'beri' bagai hukuman gantung yang dah ditetap kan tarikh nya...dan keputusan untuk tidak menjalani rawatan kemo juga bukan lah satu kesalahan lagi..( selalu nya bila pesakit tidak mahu menjalani kemo, waris atau orang keliling yang berkeras dan mendesak, tu sebab kadang pesakit merahsiakan penyakit kerana ingin kan ketenangan untuk berjuang dengan kesakitan )

aku nak beri sikit info pada keluarga dan orang terdekat, sekira nya anda ada orang tersayang yang menderita dengan penyakit bahaya ni...

1. anggap macam tiada apa yang berlaku tapi tambah kan perhatian dengan secara tidak disengajakan ( jangan tunjuk kan keterlaluan tapi cari jalan yang dia tidak sedari )

2. tanya dari hati kehati apa perancangan dia dan apa yang dia mahukan. ( kita hanya beri cadangan dan jangan paksa jika dia tidak mahu kerana dia saja yang tahu apa yang sedang dia rasai )

3. jangan berputus asa mencari info perubatan ( tanpa pengetahuan pesakit )

4. jika pesakit memilih jalan seperti dato sarimah, sokong dan ikut dia dengan bangun malam dan sembahyang dan mengaji bersama2.

5. sesungguh nya tiada ubat yang lebih mujarab selain dari kasih sayang..pesakit akan berjuang mati2an kerana orang yang tersayang..jika hati nya telah patah kerana kasih sayang, dengan sendiri dia akan 'melonggarkan' kekuatan peerjuangan nya...


Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua..amiiiin




yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

1 dah luah kan rasa:

Shikin JD said...

Pernah jumpa dia in-person last year...body kalah anak dara, orgnya very loving & soft spoken...


*hug2 kiss2 muah!*

Shikin JD Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » syukur dato dah sembuh...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...