dan arwah nenek aku ada cerita pasal isteri raja Firaun ( Siti Zulaikha ) jatuh cinta dengan nabi Yusuf alaihissalam, kerana kecantikan baginda...dan di dalam AlQuran Surah Yusuh ayat 4 adalah ayat yang boleh di amalkan untuk ayat pengasih dan ayat kecantikan..( ha shikin dan itam..apalagi, bukan senang aku bagi petua awet muda secara terbuka ni! )
tapi sekarang aku jadi fobia dan ngeri bila baca di akhbar2 tentang cinta..ye tentang bagaimana gadis2 kita amat mudah jatuh cinta dan di larikan oleh orang yang mereka cintai..ada yang di bawa lari ke lombok, ada yang di bawa lari dan nikah di sempadan siam dan ada juga yang di jadi kan alat pemuas nafsu sahaja oleh kekasih!
yee..kenapa jahat sangat cinta ni..tau lah cinta tu buta, tapi kenapa sampai buta kan hati orang yang terjatuh itu..sampai hati jadi kering dan tidak ada perasaan lain selain dari cinta! kenapa jahat sangat haa?
ada yang terjatuh cinta dengan suami orang, bila dah tahu dan mahu larikan diri, tapi amat lah tidak berdaya walau telah di cuba berkali2, sehingga sanggup mengabdi diri, nikah kat sempadan siam pun takpa..tanpa meriah dengan kenduri kendara, tanpa debar nya paluan kompang dan tanpa merah nya inai di jari!!..
dan bila dah nikah pun masih terasing..tinggal berjauhan dengan suami yang bacul, hanya berani waktu memikat, hanya pandai bermadah waktu hendak mendapat..bila 'benda' dah dapat, sudah tidak ada apa lagi yang hendak di kejar..maka terkapar2 lah sang isteri kedua kerinduan..
dan bila dah mengandung, masih sendirian 'membawa' perut, dimana morning sick nya, di mana mengidam nya, di mana hendak kerja lagi mencari nafkah diri sendiri..adakah suami mu mengambil tahu?..sama sewaktu dia mengambil tahu waktu mengenen kaamu dahulu?..tak..takda....
waktu bersalin juga sendirian..suami datang sebagai 'tetamu'..even mengazankan pun pakcik katil sebelah..airmata yang tumpah bukan boleh di sukat lagi..dan waktu dah boleh discharge, pulanglah sang isteri menaiki teksi membawa permata hati, konon lambang cinta sejati, pulang bersama kepedihan dihati..pulang bersama harapan yang masih berbaki..aneh tiada benci ..melainkan cinta!! CINTA BELAKA
Rossa akak tabik springg dengan kekuatan cinta mu, tapi akak MARAH..MARAH SANGAT dengan cinta membabi buta kamu itu!!!
p.s tiada balasan yang wanita pinta, hanya sedikit perhatian dan sedikit sebisan cinta..itu sudah cukup..jauh dari cukup!
WAD PUTRAJAYA
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

6 dah luah kan rasa:
sedih baca
ini real story Tata
bukan hanya drama swasta
kita doakan yang terbaik saja ye..
Yeahh .memang ini lah selalu terjadi . .Mintak dijauhkan la dari cinta membuta tuli . .
dlm buku Mida baca : Bercinta kerana Allah , bertemu tak jemu berpisah tak gelisah .
*ayat aunty best :) suka;)
Mida,
pengalaman disekeliling kita ibarat oksigen...sedut dan serap dalam2..
Karbondioksida yg dikeluarkn pula
adalah untuk kebersihan diri..
Tapi bermanafaat untuk tumbuh2an!
Renung2kn dn selamat belajar!
kak Azah..
suruh ler dia beli SuperWhite produk penggebuan sejati itew..*matila tetiba jer...harap2 kak azah sihat sejahtera...*hugs*
hahaha itam..
dasar jantan tammm,gebuss caner pun akan di tinggalkan bila dah tergoda dgn yang lain..
akak tak kira, akak nak gak SuperWhite tuh,nak ngorat saper eh? William dah tawen..hahaha
*hugs gak ko sampai esok pagi..
heheeh xyah gi keja
*tetiba
Post a Comment
sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..