sakit di lambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
di buru oleh mimpi yang serupa
mengapa aku jadi tidak menentu
kerana mu....
p.s aku nanges tengok Iqa duet ngan Allahyarham Sudir....nanges betul2
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.
Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;
apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya.
Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
” Ustaz,” kata wanita itu.
“Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.
“Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.”
“Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
“Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia berkata,
“Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya.
Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.
Dia memang anak yang baik.
Tapi, apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.
Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah yang berlaku.
Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.
Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.
Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.
Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.
Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,”Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.
Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,
“Orang tua mana pula?” katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.
“Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,
saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
sumber http://atikahnr.blogspot.com
1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.
4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.
5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.
6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.
7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.
8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.
9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.
10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.
iskhhhh yang last tu takpayah lah ikut...heehe
( kalau yang tak da pasangan tuh, practis dalam mimpi jelah eh...)
credit tentangcinta.com
1. Dulu,kalau nak membaca… dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat-dekat tak nampak… .kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh… suuurrrrr!!!!! masuk… ..!!!!.Sekarang,kalau nak kencing,kena dekat-dekat,pelan-pelan lepas… baru masuk…
3. Dulu,masa tidur menghadap muka… rapat-rapat,sekarang,berlaga punggung saje… itu pun dah kira rapat sangat dah tu…
4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…
5. Dulu,pakai baju mesti sama… sama color,sama design,sama brand… sedondon… Sekarang,”Asal kau ada baju nak pakai udah le… !”
6. Dulu,kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung… ..Sekarang, “Alah… you pakai yang “wrinkle free” tu je la… .!” ( dalam hati… macam la ada orang nak tengok dia… hiyyyy!!! Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)
7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang… tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS… “Lama lagi ker?” “Apa aje yang you cari nie… ?”
8. Dulu,hebat… .!!! sebulan sampai 12 kali… ,sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge…
9. Dulu, menunggu pun dah keras… sekarang,menunggu nak keras… .
10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke… jangan pakai apa-apa.Sekarang,isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga… .”Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker… ?
p.s dua tiga hari ni aku tak update blog sebab gundah benar hati ku...lagu yang aku pasang di web tu ada makna yang tersirat...hati ku trbuai sayu...hendak ku buang lagu itu tak sampai hati, bila ku dengar tersayat hati...pedih nya bagai tersayat kulit dari daging...
dan rama rama yang berterbangan itu adalah diri ku...mencari dan mencari tempat untuk hinggap dan mengabdi diri...