camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Sunday, January 6, 2013

Zarina oh Zarina...


secara jujur nya aku tak pernah walau sekali pun menonton filem atau pun drama lakonan beliau ni...opcoz kenal dia pun di sebab kan kisah2 sensasi dan seksi dia tu...iskhhh tak habis2 dengan kontroversi, lepas satu..satu.


ni kontroversi terbaru...semua orang tahu kan yang dia telah di tangkap bersama teman lelaki nya dan di dakwa di Mahkamah Majestret Petaling jaya kerana memiliki dua biji pil Eramin 5 seberat anggaran 0.6 gram...
 pun sebenar nya aku tak ambik kesah pun tapi bila terbaca tajuk berita yang menyatakan keluarga tak mahu jamin dia...opssss aku tersentak!
ini kerana aku mengenali ibu nya sebagai seorang pemilik restoran yang berkonsep kan kedai dalam taman di Nilai,  (yakni satu pekan lah dengan aku..) boleh di kata kan berjaya dan popular jugak lah..

aku sebenar nya agak kerap juga menjamu selera di cafe Aunty Aini ni dan kali terakhir dulu pergi berbuka puasa dengan 'seseorang'...Aunty aini ( ibu Zarina ) memang seorang yang peramah dan rajin melayan pellanggan beliau, dia akan datang dari meja ke meja untuk beramah mesra...masih aku ingat, smbil berbual beberapa kali dia memeluk aku dengan mesra..sempat aku bertanya kan,

"Ina tak balik kak?.. ( merujuk zarina )
"takdo nampak eh, jawab Aunty Aini loghat N. Sembilan..
jelas dia macam kecewa lantas pelukan di bahu ku di lerai kan...aku rasa sangat menyesal bertanya...





di akhbar Metro hari ini, ada lagi berita pasal Zarina ..tajuk nya JANGAN TUTUP PERIUK NASI SAYA..
ia mungkin merujuk kepada kenyataan presiden seniman iaitu pelakon Zed Zaidi bahawa keahlian zarina di gantung dan jika sabit kesalahan akan di gugurkan...ini bermakna beliau di larang untuk beraksi dengan mana2 produksi tempatan...

susulan dengan itu zarina berkata,
jangan kaitkan hal peribadi dengan kerjaya saya, ibu bapa saya juga tiada kaitan dengan perkara yang berlaku..saya tak faham kenapa ada pihak mahu mengaitkan perkara ini dengan ibubapa saya.mereka tidak tahu menahu apa sebenar nya terjadi..lebih menyedihkan ada pihak datang mencari ibu saya di kedai..tolong lah ibu saya tidak sihat dan orang tidak tahu mengenai nya...

ermmm baik lah..
mari kita lihat musibah ini sebagai muhasabah diri...ini bahagian aunty Aini...memang dia telah mendidik anak nya sebaik mungkin...barangkali setelah Zarina berdikari dia telah terlepas pandang atau mungkin, memang sudah tidak boleh di lentur lagi..

 so part kita ialah kita jangan lah lagi mengeruh kan keadaan..bila datang makan kat kedai dia tu buat2 lah tak tahu...kalau nak borak pun borak lah pasal burung ke, pasal kelawar ke, pasal sambal belacan ke..kannn



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

2 dah luah kan rasa:

Rashid said...

Yup! tak usah bagi kekeliruan dan kegelisahan fikir pada ibunya. Dan .. sama-sama kita doakan zarina insaf dan menjadi gadis muslim yang beriman. InsyaAllah ..

Rashid Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » Zarina oh Zarina...

azahrohaizah said...

cikgu,
marhe la Nilai, kito make kat Aunty Ainis
ambo belanjo, cikgu bayo deh..hheehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...