camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, August 8, 2011

habibi Ya Rasulullah...

pernah beberapa kali dalam blog ni aku menulis entry pasal aku pergi ketanah suci Mekkah...ini bukan pasal aku 'pergi' kerana berjuta juta orang telah pergi, tapi 'bagaimana' aku telah pergi kesana dengan 'jemputan' Allah Taala..

ada seseorang telah menitiskan airmata bila aku kata aku pergi sewaktu aku sedang sakit tenat, aku pergi tanpa muhrim hanya berteman seorang rakan kerja dan yang membuat dia lagi sedih bila aku kata aku hanya ada duit 'kompem' di tangan rm150 sahaja!!

aku berkeras hendak ketanah suci juga ( majikan aku telah mendaftar kan aku utk mengikuti rombongan umrah pada 25hb Jun dan tanpa di duga tarikh untuk pembedahan ku pada 27hb Jun ) so hendak tak hendak aku terpaksa 'lari' dari hospital kerana keinginan ku yang meluap2 untuk bertemu Rasulullah..demi Allah aku kata waktu itu tiada yang aku fikirkan..tak ada dalam kepala hotak aku ni bagaimana nanti aku nak bawa diri yang uzur ni, bagaimana nanti pergi tanpa mukhrim, bagaimana nanti jika terjadi apa apa kerana aku tiada wang yang mencukupi...yag ada dalam kepala ialah aku bukan pergi nak shopping, aku bukan pergi nak melancong tapi aku nak bertemu Allah dan kekasih Nya Rasulullah...

tak sabar rasa nya untuk bertemu junjungan..ingin ku adukan segala gelodak di jiwa..ingin ku luah kan segala derita..ingin aku menangis dan merebah kan diriku yang hina ini di bahu baginda...ya ingin tersangat ingin berada di dekat kekasih sekalian umat seantero dunia itu..

dan kerana keinginan yang amat sangat itu agak nya aku di 'jemput' dengan mudah nya..sewaktu bersalam buat kali terakhir di terminal, berpuluh2 sambul surat ada dalam genggaman ku..yang bila ku buka di bilik hotel, wang yg terselit di dalam nya hampir dua ribu ringgit!! berjujuran airmata ku..semua tidak aku duga!!

Dan ketika aku berada di'rumah' baginda iaitu di Mesjid Nabawi..( aku belum lagi jumpa makam baginda ) bersolat dan mengaji..aku terasa rasa seperti di perhatikan, aku terasa rasa di limpahi kasih sayang oleh seseorang yang aku dambakan..dan yang paling menyentuh perasaan ialah aku terasa rasa sangat dekat!!...sangat dekat...

dan di sebelah petang sewaktu kami di bawa ziarah ke makam Rasulullah, tiada perkataan yang dapat aku gambar kan..hanya juraian airmata yang tiada henti..betapa aku bersyukur aku di beri kesempatan dan yang paling penting aku di beri kan RASA itu!!...

( entry ini ku tulis bila aku terbaca artikel di bawah di mana blogger tersebut ber ilusi jika kita 'bertemu' dengan Rasulullah - bagaimana nanti hendak berhadapan dengan baginda..mari baca )

Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.

Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

1 dah luah kan rasa:

Asmi Asmidar said...

sELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN. .
Kata Ayah :Kita takkan termampu menahan NUR Nabi Muhammad . .sehingga kita hanya mampu melihat hujung kakinya sahaja ,. .
Semalam kebutalan Mida baru lepas baca cerita seorang Ansar dgn Rasullulah . .Ansar itu seorang yg begitu bertaqwa . . Ketika ingin pulang dari menyampaikan amanah Rasulullah dia ternampak aurat wanita yg sedang mandi di tepi sungai . . Dia rasa berdosa dan malu untuk bertemu Rasulullah , dia tidak mahu pulang dan menyorok di sebuah bukit selama 21 hari , Rasulullah bertanya pada Malaikat Jibrail di mana tempat lelaki itu . .Ketika itu lelaki itu sedang sakit tenat , Rasulullah mendengar dia berdoa "agar Allah mengampunkan dosa matanya kerana dia tidak sanggup di neraka nanti matanya dibakar. .Ketika itu Rasullulah mengangkat kepala Ansar itu di atas pangkuannya yakni perkara yg sering Baginda lakukan ketika Baginda menziarahi sahabt Baginda yg sedang tenat.Ansar itu berkata"Aku ini hina Ya Rasulullah , tidak layak untuk pangkuan mu yg suci itu". .Rasullulah terharu mendengar kata ANsar itu . .
*Nanti mida nak update dalam blog cerita ini masih tak berkesempatan ,

Bila cinta kita kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kita pada diri sendiri , bila Allah dan Rasul sentiasa ada dalam hati kita . .Insya-Allah , Allah akan permudahkan jalan orang yg mencintai-Nya . .
Kita sering rasa rindu untuk bertemu Ilahi dan KekasihNya , namun bila teringat pada dosa kita , kita rasa tak layak dan sangat hina . .Tetapi Allah MAHA PENGAMPUN , MAHA PENYAYANG . .Begitulah hebatnya ALLAH S.W.T . .

*terima kasih aunty sudi share cerita ini .:) Moga kecintaan kita padaNya sentiasa bertambah .Amin~

Asmi Asmidar Terimakasih daun keladi,lain kali berkongsi kasih lagi » habibi Ya Rasulullah...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...