Hawa di jadikan oleh Allah dari tulang rusuk Adam,di bawah lengan - untuk di lindungi bukan dari tulang kaki - untuk di jadi kan alas atas di injak,bukan dari kepala untuk di jadi kan ketua.Dan dari tulang rusuk yang berdekatan hati untuk di kasihi!..
Tapi Adam gagal melindungi Hawa.., Adam gagal mengasihi Hawa... Tak percaya? jom tengok:,
1) Sharing is caring!:-Masa baru berkenalan,baru hendak 'mendapat' Adam memang caring habis..call dan sms tak usah cerita lah..Segala benda mak nenek kalau boleh hendak di kongsi. Bila Hawa sudah tertawan dan di tawan, tugas Adam sudah selesai,just pandai2 Hawa lah..Time ni Hawa pulak caring habis, dia akan terhegeh2 memasti kan yang Adam sehat, selamat dan tidak apa2..
Apa sahaja masaalah Adam kalau boleh dia hendak selesai kan.Kalau Adam dalam kesusahan,kalau boleh biar lah dia yang jadi galang ganti nya!
2) Give n take :-Sepatut nya memberi dan menerima..Di awal perkenalan Adam memang rajin memberi ( untuk memikat )tetapi lama kelamaan Adam hanya akan menerima!..hahah tetapi Hawa tetap Hawa, di akan 'memberi' dan 'memberi' tanpa memerlukan balasan dari Adam..( yang di perlukan hanya perhatian dan kasih sayang )
3) Minta di fahami tetapi tidak pernah mahu memahami :-Kesibukan,kepenatan dan mood Adam Hawa mesti faham..jangan ganggu..jangan kacau dan jangan sekali2 minta tolong atau menyusah kan!
Tapi kesibukan,kepenatan dan mood Hawa Adam peduli apa! kalau dia mahu,dia mahu juga..kalau dia hendak dia hendak juga..rite here,rite now!!..huhuhu..Pernah kah aDAM memahami hati dan perasaan Hawa kalau pun tidak pernah mempamer hati dan perasaan sendiri?..Adil kah? ( bagaimana Hawa hendak tahu dan memahami? )
4) Tidak pernah membimbing, hanya tahu melenting!:- Adam hanya mahu Hawa mengikut kehendak nya, A kata Adam ,maka A lah,bukan B..Puteh kata Adam maka putehlah bukan hitam,.Hawa mesti patuh,Hawa mesti faham..jangan buat salah nanti Adam melenting!..tetapi pernah kah Adam membimbing? pernah kah Adam bagi penerangan mengapa dia pilih A bukan B?..pernah kah Adam berbincang mengapa perlu putih bukan hitam? Kalau pun Hawa salah atau silap kerana 'kebodohan' nya,mengapa perlu hantar dia ke planet lain tanpa udara tanpa oksigen tanpa metophera? Adalah lebih baik hantar dia kesekolah untuk dia belajar memahami seorang ADAM!
5) Kasih Hawa sampai ke mati, kasih Adam tinggal di pusara..sekejap ada sekejap takda..haha macam biskut!!
nota kaki: Atikel di atas aku pandai2 buat sendiri,bukan dari mana2 motivater..kalau ada yang tersinggung aku minta maaf..almaklum lah aku ni kurang ilmu,kurang pergaulan dengan cerdik pandai dan yang pasti kurang kasih sayang!..ahakss
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
