camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, March 2, 2011

selingan...


hari minggu kemarin aku melawat kawan ofis yang baru melahirkan anak ke2..oleh kerana kandungan nya sudah dua minggu overdue maka dia terpaksa bersalin cara induce.. baby dalam kandunganya pun sudah lemah dan tidak aktif bergerak lagi..

( untuk mengelakkan masalah ketika bersalin,ini kerana bayi yang melebihi dari jangkaan cenderung bersaiz besar dan tengkorak kepala sudah mulai keras ), tambahan pula di khuatiri uri sudah kurang berfungsi atau tidak berfungsi langsung kerana sudah melebihi 40 minggu 'waktu dia berkerja'..( hahahah uri pun tau limit waktu kerja tau,alamat takda bekalan makanan dan oksigen lah untuk mu sayang..so cepat2lah kuar tengok dunia )

apa maksud induce?? Induce tu satu kaedah utk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah utk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya mendatang kan rasa sakit dan proses bersalin dapat di mulakan.

agak ngeri juga bila kawan aku ni cerita, di sebab kan dia takda rasa sakit, so caner dia nak meneran, doktor terpaksa menyeluk 'anu' nya selang seploh minit..aku rasa macam nak mati..satu kerana malu, dua kerana doktor ni Sinkh...ko bayangkan lah saiz tangan dia, kata kawan ku dengan muka berkerut.

oleh kerana aku melawat kawan aku ni kat rumah, adalah suami dia sekali duduk di meja berhampiran sambil baca suratkhabar, tapi aku tau dia pasang telinga mencuri dengar perbualan kami...

tambah kawan ku lagi, setelah hampir 5jam yang bagai 5 tahun tu dia berhempas pulas meneran bagai nyawa di hujung rambut, akhir nya selamat juga dia melahir kan bayi nya.
( suami nya tidak menemani kerana outstation..aku lagi suka dia takada sebab aku benci tengok muka dia, sebab dia lah aku sakit macam nak mampus ni..kata kawan aku..ahahaha pulak!! bukan sama2 suka ker?? ahakss )


perbualan yang tak harus di dengar oleh budak bawah umur seperti mida dan meruhe..dak ITAM pun tak boleh ( nanti dia takut nak beranak ), harus mendapat bimbingan dari ibubapa, eh bapa tau kerr :-

kawan aku : ko tau zah, aku ni dah tak kira dah nak meneran macamana pun, janji budak ni keluar

aku : ko bantai angkat punggung ker

kawan aku : haah, dah tak tau..angkat punggung ke angkat apa ke..nurse pun sound gak..nanti rabak

aku : yelah nanti rabak..laki ko cari lain kang

kawan aku : berani cuba!! aku bako dia punya kang...

aku : hahahaa

kawan aku : memang rabak rupa nya zah, nurse punya lah jahit luar dalam...menggigil2 aku menahan sakit kena jahit pulak

aku : iskhhhhhh

kawan aku : lepas satu bundle benang, dia bukak satu bundle lagi, dan lagi dan lagi...mak oiii nurse ni suka hati makpak dia jer..dia ingat daging aku ni kain??? ada ke lubang untuk aku kencing nih?

aku :...haah kan

TERTIBA...

suami : YANG..ADA TAK TINGGALKAN UNTUK ABANG JUGAK???

aku rasa nak bunuh jer jantan2 seantero dunia nih...boleh??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, March 1, 2011

genjatan mata...

seperti biasa bila aku mula bertugas shif malam, mata aku mulai mengalami genjatan ( salah sendiri juga sebab sukarela mahu )..pernah dengar perkataan genjatan mata?...hahaha genjatan senjata adalah kan..masa sekolah dulu cikgu selalu sebut atau masa berita di tv atau radio akan ada ayat seperti ini,' pihak tentera ****menghormati desakan****untuk di adakan genjatan senjata buat sementara waktu yang membawa maksud pemberhentian penggunaan senjata...

kalau genjatan mata caner pulak tuh?...adakah pemberhentian penggunaan mata?..kan
salah lah ayat aku ni makna nya..tapi caner ye nak cakap yang mata aku ni dah berhenti nak tidur?? mata yang sepatut nya di gunakan untuk tidur tidak mahu tidur dan korang tentu sedia maklum kalau kita tak cukup tidur apa jadi?...mamaiii siut

sekarang ni pun aku tengah duk perati jarum jam bergerak..tik tik tik..bunyi lain tak ada, bunyi cengkerik tak ada...yang ada hanya bunyi kenderaan yang tak pernah mati...mana aje lah diorang ni pergi kan...sampai subuh nanti, sampai pagi, tengahari dan petang pun aku tak akan tidur nih percaya lah..bila masa aku tidur??..bagus soalan tuh...masa aku menderive nanti aku akan terlelap!! bagai dibuai2, bagai di timang2 sedap nya...kat trapik lait nanti aku sempat berdengkur...hahaha pasti hon berdentam dentum ...

jum mata tidur...jum laaaa....

owwh please give me a gudnight kiss..ahakss


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...