camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Tuesday, May 1, 2012

lagi kerana rindu...

gambar hiasan

ermmm...rasa macam tak habis2 lagi cerita mengenai tanah dan harum nya kota haramain...ini di tambah lagi bila sahabat blogger ku merangkap otai, menegur kenapa lama tak up date blog, aku kata takder idea..dia menyaran kan supaya aku bercerita secara detail mengenai pengalaman aku di tanah suci...sementelah dia sangat teruja bab2 Mekah dan Madinah ni..

dalam banyak2 soalan dia, ada satu soalan yang aku rasa aku nak tulis di sini..ada tak alami perkara pelik masa kat sana?
yang ketara pelik bila aku sentiasa tercium bau harum makam baginda rasulullah! walau masa tu aku berada di perkarangan hotel!!.sedang kan orang lain tak cium pun, even mak aku yang dah sepuluh kali pergi!..(adik aku kata ini sebab kerana aku taksub dengan bau2an..huh ) .macamana aku tau itu bau makam baginda?...ini kerana sewaktu lawatan aku beberapa tahun dahulu, waktu itu jemaah tidak lah seramai sekarang, dianggar kan dalam 50 orang sahaja sewaktu lawatan, aku berlama lama di situ,  menangis dan berbicara dengan' baginda' semau hati ku...itu lah bau yang aku cium..terhimbau2...terbawa2 dalam tidur...( mungkin bau itu dari haruman pencuci bangunan yang sentiasa mengelap pagar2 besi di sekeliling makam..wallahualam )
dan ketika aku membuka pintu van dan menjejak kan kaki ku pertama kali untuk lawatan kali ini...hurmmmm haruman itu lah yang aku terhidu..aku sedut dalam2...ya Allah aku tidak pernah lupa!!

bila aku menjerit...aku dah tercium bau Madinah..ini bau makam rasulullah..Tuan sheikh rombongan kami memandang aku dengan pandangan penuh pengertian..

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

dan kerinduan itu menyeksa....

aku rindu wajah kecil ini..wajah milik bumi haramain....



ini Aboy adik bongsu aku..dia ni sakit...bertahun2 ...hampir 10 tahun sejak pemergian abah ke alam abadi...entah di mana silap nya..entah apa hikmah nya...
emak sangat tabah...sangatt..
beberapa kali keluar masuk rumah sakit jiwa..berubat dengan dukun atau bomoh sudah tidak terbilang lagi...
mungkin sebanyak2 doa, Allah pilih satu untuk di makbul kan hari ini..akhir nya Aboy beransur pulih walaupun tidak 100%..masih di suruh mandi jika tidak 2,3 hari tidak mandi..masih di potong kan kuku jika tidak panjang dan hitam..masih emak layan macam budak sebaya darjah satu!
dan Aboy wajib bergantung dengan ubatan hospital yang menelan belanja hampir rm500 sebulan..mujur arwah abah pesara askar, maka ubatan di beri percuma..

dan ketika emak hendak membawa kami termasuk dia ke Mekah, emak amat risau jika dia memberontak hendak balik jam jam itu juga..tapi hati emak memang nekad..

dan setelah kembali dari tanah barakah itu, hati emak kembali risau..KENAPA?..ye sebab Aboy asyik berkata..."boring la mak..jum kita pergi Mekah!
"makk jum la pergi Mekah mak...
ni mak mengadu, di buat nya Aboy meroyan nak ke Mekah macamana??

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...