camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Monday, July 4, 2011

sosej dan lembu?..lembu dan sosej?


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk mendapatkan degree tapi selepas 15 tahun tak pernah lulus.Akhirnya bapak dia tak sanggup lagi menanggung beban wang untuk anaknya itu.Maka terpaksa dia bawa balik anaknya itu.Sepanjang perjalanan dari airport kerumah,bapaknya diam saje (tengah marah).

Si anak rasa macam tak seronok,dia cuba untuk berbual.Dia pun mencari idea apa yang hendak dibualkan.So dia pun bercakap dengan bapanya.


"Bapak tau tak,kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.Sekarang nak buat sosej tak payah nak susah-susah lagi.Tak payah nak sembelih lembu,buang je kulit kemudian masukkan lembu kedalam mesin dah jadi sosej....? anak tu cuba untuk menunjukkan kepandaiannya.

Lalu bapanya pun menjawab " Itu teknologi dah lapuk.Kat Malaysia lagi advance,masukkan sosej aje dah keluar sekor lembu....dah tu meyusahkan orang pulak itu."nada kecewa dan geram serta marah.



p/s luahan hati seorang bapa yang kecewa dengan anaknya..bagi kita mungkin lawak, tapi inilah hakikat sebenarnya.Kepada yang tak faham sila abaikan.

credit to www.borakosong.com


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Saturday, July 2, 2011

perjalanan yang panjang

dari minggu lepas lagi adik aku yang duduk kat Terengganu tu sms bagi tau yang 30hb dia akan balik kampung, so dia ajak aku balik sekali.aku kata aku pikir dulu lah sebab memandangkan keuzuran ku, kereta aku masih kat workshop lagi dan xda sapa nak teman kan aku...agak merbahaya jika aku balik sorang2...

tapi makin matahari naik tinggi dan adik ku kata dia dah pun ada di kampung....makin macam di garu2 hati nak jumpa mak..apa lagi masa adik aku call tu, jelas suara nyaring maak sebaagai background ...orang Nilai xnak balik ker...kata mak

setelah berpakat dengan Syukri dan dia bagi aku bawa kereta dia, dia boleh pergi balik kerja tumpang kawan kata nya..apa lagi terketar2 lah aku menyumbat pakaian ala kadar kedalam beg..tak sabar2 rasa nya

tapi waktu aku jinjit beg menuruni tangga, lutut aku rasa macam longgar jer dan beberapa kali beg yang ku galas hampir terlepas..aku dah mula cuak...iskhhh boleh lepas ker aku drive ni/..bukan alang2 dekat..dua jam tu kalau bawa maintain xda jem baru sampai kampung..tapi wajah mak ..wajah adik dan wajah orang2 tersayang kat kampung xboleh ku hapus dari mata..ahhh aku nekad ..aku bulat kan hati juga

lepas isi minyak kat stesyen minyak, tepat jam 4 ptg aku baca bismillah dan ayat Qursi dan mula kan perjalan, sampai kat tol KLIA baru aku perasan yang aku tak bawa Smart Tag,tak bawa kad touch n go..ermmm redah jerrr..xputus aku berdoa supaya perjalanan ku di mudah kan dan di jauhi dari masaalah kesihatan ku..

tapi memandu di waktu time orang balik kerja ni, cari pasal nama nya..memang lah jem dan kat tol bukit beruntung..ermmmm panjang giler..baru lah disini cabaran ku bermula..pakai keta manual..tolak dan tarik clutch...tangan dah mula bertindak balas...yang kiri kebas dan xdapat merasa dengan betul..yang kanan berdenyut2...adoyyaiiii...kaki pulak dah mula cramp!...
ya Allah..tolong lah hamba Mu ini..aku nak jumpa mak...tolong lah..nak jumpa mak walau sekali ini saja...aku berpeluh dalam aircon..dan dah mula mual...

tidak ada cara lain, aku harus dan wajib cari ketenangan minda..kalau aku panic..seluruh anggota ku akan ikut panic..so aku buka bacaan ayat Yasin dr handphone..perlahan aku hanyut dan tenggelam dalam ketenangan..perlahan aku follow the flow...

asal ada tempat kawasan rehat dan tempat yang sesuai aku berhenti..samaada untuk muntah atau ke toilet...dan ke surau...sempat lagi singgah untuk beli mangga dan jagung untuk bawa kan mak...dan aku tiba depan tangga rumah mak jam 7 petang...mak tergamam ..dan aku lega dalam pelukan mak!! Alhamdulillah syukur ya Allah...

p.s ada banyak gambar aku snap, malang USB hampeh..tu la sapa suruh beli yg tak ori..padan!!


yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...