camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Saturday, February 18, 2012

semakin mendekat....semakin teruja!



aku tak tahu apa perasaan orang lain..tp apa yang aku rasa ini lah...dulu masa pertama kali aku di khabar kan akan dapat menjejak kan kaki kerumah Rasulullah, aku tak peduli apa, aku tak peduli sakit aku tak peduli tak berduit..yang aku tahu aku hendak berlari ke dalam pelukan Rasulullah..biarlah aku hina..biarlah aku naif dan daif aku tak peduli asal kan aku ada 'perasaan' itu!!..

seperti sabda Rasulullah bahawa barang siapa mendatangi aku ketika sudah wafat, maka sama sahaja seperti mendatangi aku ketika aku masih hidup...

jadi begitu lah perasaan nya, ketika kaki menyentuh lantai Mesjid Nabawi...berderau darah..seperti di sambut kedatangan dengan kasih sayang..ketika solat dan mengaji..airmata bercururan kerana seakan diperhati kan..seakan di pandang dengan pandangan kasih dan rindu dari seorang ayah yang lama tidak bertemu...itu belum lagi di depan makam nya...Ya Allah Maha Suci Allah yang memberi rasa ini...terima kasih!!

Dan semakin mendekat semakin degup jantung berdenyut kencang...semakin tidak sabar dan semakin gemuruh rasa...rindu yang meluap2 seakan mahu meletup..padan lah dikiri dan kanan ku, ku lihat kaum Arab yang berlainan mahzab dengan kita, meraung2 tidak dapat menahan sabar..berguling2 sambil menyeru dan merintih sayu menyebut2 nama Rasulullah...kita jangan lah buat begitu...bersabar lah

dan insyaallah aku tanpa di duga telah menerima "kad jemputan' yg belum rasmi dari Allah untuk menjadi tetamu Nya..( yang rasmi bila kaki ku menjejak tanah haram ) tanpa di duga dan tanpa upaya sekali lagi aku di sponsor oleh seorang yang sangat mulia untuk memunaikan umrah pada penghujung Mach ini..siapa sangka?..termangu aku berhari2..

aku pernah terbaca di dalam artikel, barang siapa yang hendak berkirim salam kepada Rasulullah hendak lah berakad, seperti contoh-
saya Farah Natasha binti Kamaluddin minta disampaikan salam kepada baginda Rasulullah dan nyatakan bahawa saya sangat merindui nya dan mohon syafaat nya di hari pembalasan kelak.
dan si pembawa amanah hendak lah berkata begini, insyaallah saya akan sampaikan salam anda, dan di depan Rasulullah yakni di depan makam, dia harus berkata begini
"Salam Ya Rasulullah, saya membawa amanah dari Farah Natasha binti Kamaluddin, beliau berkirim salam dan menyatakan kerinduan nya dan pengharapan nya kepada syafaat tuan di hari pembalasan kelak..
oleh itu di saran kan kepada pembawa amanah untuk menulis list pengirim salam agar tidak terlupa atau tertinggal nama pengirim salam..fuhhh berat sebenar nya membawa amanah orang ni..( tapi dulu dengan rela dan sabar saya menyampaikan salam satu persatu..lega rasa nya )

Wallahualam itu yang saya baca..jika tidak betul sila lah betul kan..ilmu agama di tuntut untuk di kongsi kan.

dan dalam entry ini saya bersedia membawa amanah kepada sesiapa yang ingin berkirim salam kepada Rasulullah, sila lah tinggal kan nama penuh anda untuk saya bawa dan sampaikan kepada junjungan mulia belahan jiwa muslimin dan muslimat itu..

Jangan risau, baginda mengenali setiap dari kita yang mengucap selawat keatas nya!...( sedangkan datuk pun lupa dan tidak mengenali cicit yang mungkin hanya 50 orang ) begitu lah besar nya kasih beginda kepada umat nya..Ummati..Ummati..Ummati...



yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

0 dah luah kan rasa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

sila lah tinggalkan jejak...
agar saya tahu anda ada singgah
saya sangat menghargai nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...