camar tak kan pulang untuk menghibur mu...

bismillah

Wednesday, August 15, 2012

kosong...kosong...



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar

kalau lau catatan yang di buat oleh Malaikat di kiri dan kanan boleh di upload...aku lah orang pertama yang akan meng upload supaya dapat ku post mortem akan kesilapan dan kekhilafan diri ini...dan sebagai bukti kepada mu tentang apa yang telah aku laku kan dan kau laku kan...

kadang kita hanya pandai menuding jari atau kita terlampau bijak menafikan kerana setiap perbuatan tiada cacatan manual atau terakam di CCTV!...

namun begitu berpegang lah pada janji Allah bahawa sebezar zarah membuat kebaikan maka sebesar zarah pula mendapat balasan begitu juga sebalik nya...

bersabar lah duhai hati....

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua

Tuesday, August 7, 2012

akhir nya Sock pergi jua...





korang pasti perasan bahawa banyak entry aku berkisah pasal kucing kan...kucung, kucing dan kucing... benar lah kata orang, tak kenal maka tak cinta , begitu lah aku..setelah mengenali maka aku sangat mencintai mereka.....

macam2 kelaku mereka yang mencuit hati..kadang mengalah kan manusia cerdik nya..setiap se ekor ada watak mereka sendiri...masing2 ada keistemewan nya, macam sock ni,

tengok lah kusyuk dia mendengar aku membaca yassin...

akhir nya penat, tergolek sana tergolek sini

dan  terlena....

ni waktu Sock menerima rawatan di klinik veterrina tengahari tadi

tapi semalam Sock balik kerumah dalam keaadaan nazak, air liur nya meleleh2..najis nya juga sudah terburai2...sedih nya aku kerana tak dapat nak tolong..aku panik sebenar nya..dia menggelupur seperti dalam keaadaan yang sakit sangat...ketika aku cuba nak bagi air, dia lari meluru kearah hutan kecil di depan rumah ku...( aku agak Sock termakan racun atau sengaja di racun ) apa yang mampu aku buat hanya berdoa agar cepat lah roh Sock di ambil, tak sanggup aku membayangkan kesengsaraan yang terpaksa Sock harungi..

tapi bila dah malam Sock balik, begitu kuat semangat dia...dia duduk diam2 di taman atas rumput..aku bawakan air dan makanan...ketika di sapa dia hanya menyahut lemah..( waktu malam klinik veterina dah tutup, itu lah masaalah nya ) aku kata esok mama balik sekolah, mama bawa Sock gi klinik ye...ahhhh dia jawab...

jam 1.35 tengahari waktu sampai di klinik, Sock terus ke meja rawatan...waktu ni Sock dah tinggal nyawa2 ikan jer, tp kami nekad untuk memberikan rawatan agar kira nya terjadi yg buruk pada sock, sekurang2 nya kami telah berikhtiar...doktor telah masuk kan air bercampur ubat anti racun dan kami pun telah beli air kelapa kerana mengikut petua orang tua2 air kelapa adalah penawar untuk racun.

dan waktu sampai kat rumah Sock nampak nya telah membaik, aku biar kan dia rehat dan tidur..dan aku pun sama tidurrr...namun bila aku terbangun, yang pertama aku hadap ialah Sock..kenapa mata dia terbuka tapi tak berkelip?

dannn waktu aku sentuh tubuh nya..Ya Allah Sock dah keras tidak bernyawa....ya Allah akhir nya tamat lah penderitaan Sock...pergi lah sayang..isterihat lah dengan tenang...

yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...