
yg baik dr Allah, yg buruk dr hamba jua







kamu yang di kenali...

Selamat hari bapa kepada bapa2 diseluruh dunia...tahniah kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan sempurna nya...KUALA LUMPUR – Untuk mengelak dari ditinggalkan suami, adalah tidak salah bagi seorang isteri untuk bertindak nakal seperti ‘jalang’ dan menggoda manja pasangannya dengan berpakaian seksi di rumah.
Pengerusi Majlis Persatuan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM), Nuraini Jufri berkata, isteri-isteri harus mengambil inisiatif melayan suaminya sebagai pasangan kekasih di waktu zaman bercinta untuk menguatkan jalinan hubungan suami isteri sedia ada.
“Jika di waktu bercinta, kita sering menghubungi teman lelaki melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), dan kadangkala ada menghantar bunga, malah adakalanya kita bermanja-manja dan berpakaian menarik.
“Tidak salah bagi seorang isteri untuk menggoda suaminya dengan berpakaian seksi seperti ‘jalang’ dan memikat hati suami dengan berkelakuan gatal, tak salah menggatal dengan suami sendiri bukan?” katanya di majlis perasmian MPITM oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr. Rohaya Mohamed, yang meminta para isteri untuk melayan suami mereka bagai ‘pelacur kelas pertama’ untuk mengelak suami mencari wanita lain.
Mengulas lanjut, beliau berkata, isteri-isteri harus mengambil iktibar dari keperitan pengalaman ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan suami dengan berusaha menambat hati suami masing-masing agar tidak mencari wanita lain diluar.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
pada aku tak payah lah nak act macam PELACUR ke, macam JALANG ker...kalau dah memang suami tu baik dan sayangkan kita, dia akan menerima kita SEADANYA dan kita menerima suami kita SE REDHA NYA..xperlu nak merendah diri SE RENDAH ITU!!!
P.S para pejuang wanita..sudah2 lah tu..pi ikut kak Fida tu buat amal jariah kat lorong Haji Taib...lagi banyak pekdah
tengok ni, rumah dan macam ni punya besar, kalau boleh nak lagi besar dari rumah Datok K..
tapi pernah tak terfikir bahawa ada orang yang hidup dan membesarkan anak2 dalam rumah yang macam ni?..kat sini lah makan, kat sini lah tidur! ( tu pun kalau ada makanan )
ni syahidah ni anak mak Tam...mungkin dalam hati dia tak best lah naik keta ni ..( apa nama keta ni haram aku xtau) ...mungkin dia nak ..ada ker yang lebih canggih dari ni?...kalau yang kesana kemari outstation tu naik flight, tak puas hati lagi tu naik first class, sewa jet persendirian macam dalam drama Awan Dania tu..fuhhhh xtau kemana nak habis kan duit la kata kan...cer lah bawak2 pandang ke bawah
seorang wanita dan ibu yang memerah keringat demi sesuap nasi...jangan kan dia terbayang kan kereta, basikal pun mungkin dia rasa tak terjangkau dek akal dia...
ni wajah dah sangat cantik dan menawan...mata bundar dan telus..hidung mancung seludang..bibir bak delima merekah...masih lagi akan suntik Botox untuk buat dagu...hisssh cer pandang kebawah
aku sendiri tak tau nak komen...ada kah aku akan tabah setabah dia yang menderita tumor seberat 2kg di muka nya..kerana kemiskinan...tumbuhan sebesar ibu jari yang sebetul nya boleh dirawat akhir nya bermaharajalela menjahanam kan wajah gadis ini!
ermmmm ini bukan melucah, sekadar bahan bukti bahawa ada diantara wanita tak berpuas hati memiliki yang dah cantik begini, masih mahu lebih lagi macam Dolly Parton...insaf lah kalau terjadi macam di bawah
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tak terlahir suara hati ku...yang tersirat dan tersurat Allah jua yang tahu
masih komplain sebab tidur hanya berteman kan kucing..papa kerja balik lambat...mama asyik dengan kawan2...sayang, sekurang2 nya ada katil dan bantal yang nikmat untuk di peluk...tengok adik ni...hanya abang yang sayang.....
korang nampak tak gambar yang aku upload tuh?...ye puan puan, pelancaran KELAP TAAT SUAMI kata nya..( gambar ehsan dr blog syahrilkadir.wordpress ) Naib Presiden kelab itu Dr Rohaya Mohamed dalam sidang akhbar nya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama"...!
rusuhan di asrama pekerja di Taman Semarak Nilai..selang berapa taman perumahan jer dengan rumah aku..